Laman Utama
Aizat Amdan Nafi Sudah Kahwin Senyap-Senyap - "Astagfirullah, Budak Dalam IG Tu Sebenarnya Anak ..."
Penyanyi Aizat Amdan menafikan khabar angin mendakwa sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang anak.
Kata Aizat, 33, bayi yang dimuatnaik dalam Instagramnya baru-baru ini merupakan anak saudaranya, bukan anak kandungnya.
"Astaghfirullah, nauzubillah min zalik. Allahuakbar. Sebenarnya, muka budak itu memang macam muka saya.
"Budak itu yang kalian lihat dalam Instagram adalah anak kakak saya," katanya kepada Gempak.
Aizat ditemui pada majlis berbuka puasa dan malam media Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sementara itu, mengulas mengenai hubungannya dengan seorang wanita bernama Elyssa Alia, Aizat memaklumkan bahawa itu teman wanitanya yang bakal dikahwini tidak lama lagi.
"Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya.
"Sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian," ujarnya yang sudah selesai majlis merisik pada 12 Februari lalu.
Kedua-duanya berkenalan sejak dua tahun lalu dan Elyssa kini menguruskan kerjaya seni Aizan termasuk syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment.
Must-Watch Video