Aizat Saha Sudah Tidak Bergelar Pramugara? Ini Jawapan Tuan Empunya Badan
Izwan Isa
26/02/2024 23:55 MYT
26/02/2024 23:55 MYT
Pencipta kandungan dan pempengaruh Aizat Saha sudah lagi tidak bergelar pramugara syarikat penerbangan tambah rendah, AirAsia.
BERITA TRENDING: Aizat Saha Tak Kisah Content TikTok Miliknya Diminati Kaum Lelaki - “Mungkin Itu Happy Pills Mereka”
Menurut Aizat, sebab utama dia meninggalkan kerjayanya itu adalah bukan kerana mahu memberi fokus pada bidang seni semata-mata.
Sebaliknya, Aizat mendedahkan, dia mahu memberi perhatian juga kepada bisnes jenama pakaian yang diusahakan, Heetam Puteh.
“Saya sudah berhenti kerja… dalam minggu lepas. Saya berhenti bukanlah sebab nak fokus pada lakonan sahaja. Tetapi saya mahu tumpukan perhatian pada bisnes saya,” katanya kepada Gempak.
Aizat menambah, kerjaya seni dan bisnes bergerak seiring, memandangkan kedua bidang ini merupakan dua perkara yang sangat dicintainya.
“Untuk bulan Ramadan yang akan datang tidak lama lagi, saya akan aktif mengikuti jualan-jualan bazaar dengan membuka booth perniagaan bagi Heetam Puteh.
“Selain itu, ada beberapa beberapa projek saya akan diluncurkan pada bulan Ramadan dan hari raya juga, termasuk drama, TVC dan klip video raya,” katanya lagi.