Pencipta kandungan (content creator), Aizat Saha mengakui tidak terganggu atau berasa janggal mempunyai peminat yang terdiri daripada kaum lelaki.

Aizat atau nama penuhnya Mohd Aizat Saharuddin, 28, berkata, selagi tidak mengganggu kehidupan peribadinya dan memberikan sebarang kemudaratan, dia menganggap ia sebagai satu perkara normal.

“So far, saya ok sahaja. Selagi tidak memudaratkan dan ia tidak mengganggu apa-apa personal life saya, benda itu ok sahaja.
@astrogempak #GempakNews: Aizat sporting je kalau ada kaum ada kaum lelaki suka content dia Klik link untuk artikel penuh #beritaditiktok #sembangentertainment ♬ bunyi asal - nostalgia lagu lama&baru

“Sebab bila saya sanggup untuk ke depan dan bergelar content creator, saya sudah bersedia dengan sebarang hal yang mendatang,” katanya kepada Gempak.

Tambah Aizat, mereka yang menggemari content yang dicipta barangkali memang benar-benarmenggemari apa yang dikongsikan di media sosial.

“Saya anggap sesiapa yang menonton, tak kira lelaki ke perempuan, kalau dia suka content itu, mungkin itu happy pills mereka.

“Mereka suka tengok benda itu (kandungan ciptaan Aizat). Tak mengapa, kalau itu yang buat mereka happy, ok sahaja,” katanya lagi.

Aizat mula dikenali di TikTok selepas video-video genre point of view (POV) yang memaparkan kisah pasangan kekasih viral dalam kalangan netizen, sehinggakan dia dikenali sebagai Abang POV.

BERITA TRENDING: "Walau Tidak Dibasahi Hujan..." - Lirik Lagu Azimat Cinta (Siti Nurhaliza) Yang Latari Video-Video Aizat Saha!​