Hiburan
Ajai Akui Agak Mustahil Untuk Kembali Berduet Dengan Nourul Depp - “Tiada Masalah Dengan Dia, Tapi…”
Penyanyi dan komposer Ajai mempunyai sebab untuk tidak mengundang bekas isterinya, Nourul Depp ke Konsert ByAjai & Mega Friends yang bakal diadakan di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 3 Ogos depan.
Menurut Ajai, 49, dia tidak mempunyai sebarang masalah secara peribadi dengan Nourul. Namun, untuk kembali menyanyi di atas pentas, dia memerlukan ‘vibes’ yang tepat dan hal itu tidak ada pada mereka berdua.
“Sebenarnya bukan tak nak bersikap profesional atau tidak. Pada saya, apa yang dah berlalu itu, berlalulah. Saya tiada masalah dengan dia. Tapi working is about chemistry - untuk dapatkan vibes itu.
“Benda dah lama… bukan vibes marah ke apa, tapi vibes keikhlasan nak buat persembahan. Jadi, mungkin saya dah tak dapat rasa benda (vibes) tu,” katanya kepada Gempak.
Ajai berkata demikian pada sidang media Sidang Media Konsert ByAjai & Mega Friends pada Rabu.
Begitupun, anggota kumpulan Exists itu menambah, jika suatu hari nanti rasa itu kembali, kemungkinan dia kan Nourul akan berkongsi pentas menyanyikan lagu-lagu duet popular mereka.
“Mungkin suatu hari saya dapat rasa (vibes), insya-Allah kot. Sebab susah. Benda ni kita tak boleh paksa perasaan.
“Nak kembali ke vibes natural tu susah. Pada saya mungkin ada benda-benda yang ‘sentuh’ kot, walaupun tiada masalah antara kami,” katanya lagi.
Bakal dibawakan oleh Menara Network Sdn Bhd, Ajai bakal membuat persembahan menerusi konsert perdananya itu dengan barisan artis Dayang Nurfaizah, Aina Abdul, Hazama, Hafiz Suip dan Aufahanie.
Tiket-tiket konsert boleh dibeli secara online di www.ticket2u.com.my bermula Rabu.
BERITA TRENDING: "Sebak, Dengar Sambil Nangis" - Respon Peminat Dengar Aufahanie Nyanyi Lagu Saat Hilang Cintamu
BERITA TRENDING: "Syafinaz Tahu Undang-Undang Nyanyian, Jangan Perlekehkan Dia" - Ajai
Must-Watch Video