Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Ajai Dedah Exists Tak Pernah Bermasam Muka Sesama Sendiri - “Dah Puas Gaduh Dulu, Tiada Rasa Kebencian…”

Khairil Khusyairi
07/11/2024 09:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai menyifatkan sifat kejujuran adalah kunci bagi sebuah kumpulan muzik untuk kekal bertahan dalam industri.

Kejujuran Rahsia Exists Bertahan

Menurut Ajai atau nama sebenarnya, Mohd Faizal Maas, 50, Exists tidak pernah berdepan sebarang masalah tentang kepercayaan sebaliknya sentiasa mengamalkan prinsip saling menyokong.

“Dia selalu berpecah belah ini sebab kewangan, semua group berpecah belah berpunca daripada kewangan.

“Di situ lah kejujuran Exists dimana ada pembahagian yang betul, berkata benar, tidak ada apa yang perlu disorokkan, tidak perlu iri hati.

“Bila dah masuk Exists, tak kira lah siapa produser, penulis, bass drummer atau sebagainya semuanya prebet, dari 1988 hingga sekarang itulah pangkatnya,” ujarnya kepada Gempak.

Tiada Masalah Sesama Ahli

Dalam pada itu, Ajai memaklumkan tiada perbalahan berlaku sesama mereka biarpun ada beberapa ahli anggota lain sudah meninggalkan kumpulan tersebut.

“Walaupun dalam Exists saya dan beberapa ahli dah keluar tetapi bila kita diseru untuk bersama tiada masalah.

“Kita tak gaduh sebab tiada benda untuk digaduhkan. Selalu berpunca daripada kejujuran, baik hal rumah tangga, hal personal, hal kawan-kawan, kewangan, kutuk mengutuk ke.

“Semua ini tiada pada Exists, tiada rasa kebenciaan sesama kami. Kami saling menyokong, kami betulkan apa yang tidak betul,” kongsinya.

Tambah pelantun lagu Maafkanku itu, Exists juga tidak pernah bermasam muka biarpun wujud perbalahan dalam kumpulan.

“Kami dah puas gaduh dulu, macam-macam jadi. Semua itu mendewasakan kita.

“Pergaduhan itu fasal muzik, bukan luar daripada muzik. Bermasam muka juga tidak pernah,” katanya lagi.

Faham Erti Sebuah Kumpulan

Ditanya mengenai isu yang dihadapi sesetengah kumpulan muzik yang membabitkan bekas anggota mereka, Ajai berpendapat individu tersebut tidak mengerti istilah sebuah kumpulan.

“Mereka tak faham erti kumpulan itu apa, nama pun kumpulan, sesuatu yang dikumpulkan. Bila dikumpulkan maksudnya hubungan lebih rapat.

“Kalau ada masalah pun masing-masing punya hal peribadi tanpa perlu dibawa dalam kumpulan.

"Nama kumpulan pun satu doa agaknya. Wujud (Exists). Saya rasa nama pun doa, kalau kumpulan Karam, karamlah kamu," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Alami Batuk Berpanjangan, Suara Berkahak Akibat Masalah Sinus… Ezad Lazim Risau Konsert Dah Nak Dekat – “Doktor Maklum Makin Serius”

ARTIKEL BERKAITAN: “Fasa Rakam Lagu Sudah Tamat”- Exists Hanya Mahu Beri Fokus Pada Konsert Untuk Peminat

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Dedah Sikap Mamat, Tolak Dakwaan Terjebak Gejala Dadah Sebab Salah Pilih Kawan - “Selalu Datang Sesi Latihan, Sangat Berdisiplin”

ARTIKEL BERKAITAN: Mamat Tak Pernah Cemburui Ezad Lazim, Masing-Masing Ada Kekuatan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Mengintai Dari Tirai Kamar’ Tular Gara-Gara YouTuber Indonesia, Ezad Lazim Tumpang Gembira; “Banyak Benda Positif Terutama Dari Segi…”

#Ajai #muzik #Kumpulan #Gaduh #Exists #Kejujuran #Masam Muka
;