Hiburan
Ajai Minta Doakan Yang Terbaik Buat Hafiz Suip – “Saya Rasa Dia Takkan Hilang Dalam Industri, Rugi…”
Komposer dan penyanyi Ajai menyifatkan penyanyi bervokal mantap, Hafiz Suip sangat professional dalam bekerja biarpun didakwa sedang berdepan masalah.
Rugi Kalau Hilang Hafiz Suip
Menurut Ajai, industri muzik tanah air bakal rugi sekiranya pelantun lagu hits Awan Nano itu menghilang daripada terus menghiburkan peminat.
“Bila melibatkan soal kerja, dia sangat professional walaupun ada masalah dalaman atau luaran. Setiap individu mempunyai masalah masing-masing tetapi bila melibatkan soal kerja dia bagi komitmen yang betul.
“Saya rasa dia takkan hilang dalam industri, rugi kalau kita hilang bakat-bakat seperti Hafiz.
Advertisement
“Saya sebagai produser dan sebagai abang yang mula mengilap dia dari zaman Akademi Fantasia (AF), saya rasa saya bagi dia semangat.
“Ramai yang menghantar mesej kepada saya tetapi saya diam sebab nak tengok dia datang tak ke konsert saya yang dijanjikan. Jadi betul dia seorang yang bepegang kepada kerjaya,” ujarnya kepada Gempak.
Mohon Doakan Yang Terbaik
Dalam pada itu, juri Gimme The Mic Malaysia itu turut berharap semua dapat mendoakan yang terbaik buat Hafiz Suip.
“Pada saya bila dia berada bersama saya, saya tak mahu ganggu tentang dalaman atau soal peribadi sebab saya hormat dia.
“Kalau anda sayangkan individu yang anda suka untuk menghiburkan industri dan bakat-bakat yang bagus, kita doakan dia yang terbaik.
“Jika dia ada masalah, kita doakan dia jadi orang yang baik, bagi sokongan penuh dari segi moral, mental dan fizikal,” katanya.
Untuk info, Ajai akan beraksi di Konsert ByAjai & Mega Friends bersama penyanyi-penyanyi hebat seperti Dayang Nurfaizah, Hafiz Suip, Hazama, Aina Abdul dan Aufahanie di Mega Star Arena, Kuala Lumpur Sabtu ini.
Terdahulu, nama Hafiz kembali menjadi sebutan ramai apabila mendakwa penyanyi itu sedang berdepan masalah rumah tangga.
Spekulasi bertambah kencang apabila Hafiz juga bertindak menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.
Nama Hafiz juga turut menjadi perhatian apabila terpalit dengan pelbagai spekulasi mengenai keadaannya susulan fizikal tubuhnya yang susut.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.
ARTIKEL BERKAITAN: Hafiz Suip ‘Tayang Badan’, Beri Amaran Kepada Netizen Yang Tuduh Bukan-Bukan - “Izinkan Aku Sepak Muka Korang…”
ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”
Must-Watch Video