,
Hiburan

Hafiz Suip ‘Tayang Badan’, Beri Amaran Kepada Netizen Yang Tuduh Bukan-Bukan - “Izinkan Aku Sepak Muka Korang…”

Asyikin Mayudin
29/07/2024
04:55 MYT
Perkongsian penyanyi Hafiz Suip di akaun TikTok miliknya memperlihatkan dia sedang melakukan senaman mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Tuduh Ambil Barang Terlarang

Menerusi perkongsian itu juga, Hafiz memberi amaran kepada mana-mana pihak yang menuduhnya mengambil barangan terlarang gara-gara dirinya kelihatan kurus.

“Mana mat-mat pet yang cakap aku hisap batu itu… izinkan aku sepak muka korang seorang-seorang boleh,” kata Hafiz.

Rata-rata netizen turut memberi kata-kata semangat dan berharap penyanyi lagu Ku Akui itu terus bersinar dalam industri muzik.

Komen Netizen

“Hafiz, pedulikan apa orang cakap yang penting move on. Buktikan yang Hafiz tak seperti apa diorang lemparkan… semangat ya.
“Dugaan dunia Hafiz, jalan terus saja. Janji kita ada DIA dalam dada. Jadi peminat awak sejak AF. Tak sabar nak pergi konsert ini nak tengok Hafiz live.

ARTIKEL BERKAITAN: Ajai Kongsi Kemunculan Terbaharu Hafiz Suip, Peminat Pula Luah Rasa Rindu – “My Brother Is Back, We Love You”

ARTIKEL BERKAITAN: Pelbagai Spekulasi Timbul, Hafiz Suip Kongsi Foto Sahabat Sejati - “Diorang Tak Ada Assume Atau Tuduh Aku Bukan-Bukan Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Dakwa Dirinya Dah Tak Releven, Netizen Bimbang Lihat Keadaan Hafiz Suip Di TikTok

“Lepas tengok interview Ajai tadi. Saya just nak cakap stay strong Hafiz. Insya-Allah pasti ada sinar. Jangan give up. Terus melangkah,” komen beberapa netizen.
Komposer dan penyanyi Ajai mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemunculan terbaharu penyanyi bervokal mantap, Hafiz Suip, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Ajai memuat naik video yang memaparkan Hafiz melaksanakan latihan nyanyian dengan mendendangkan lagu Ku Akui di studio.
Terdahulu, nama Hafiz kembali menjadi sebutan ramai apabila mendakwa penyanyi itu sedang berdepan masalah rumah tangga.
Spekulasi bertambah kencang apabila Hafiz juga bertindak menyahaktifkan akaun IG miliknya.
Nama Hafiz juga turut menjadi perhatian apabila terpalit dengan pelbagai spekulasi mengenai keadaanya susulan fizikal tubuhnya yang susut.
Untuk rekod, Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Nureffy pada tanggal 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Riyadh Zafri dan Alkaf Zayne.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Linda Onn Beri Nasihat, Penyampai Radio Harus Jaga Etika Bahasa

gempak
14/09/2024
14:55 MYT
Penyampai radio terkenal era 2000-an, Linda Onn, mengakui kurang setuju dengan pendekatan penyampai radio zaman sekarang.
Hiburan

Anak Dituduh Jadi Penyondol Fattah-Fazura, Ayu Puteh Tampil Pertahankan Wanna Ali - “Kalau Tak Suka Pun Janganlah Sampai…”

gempak
14/09/2024
12:55 MYT
Penerbit, Datuk Ayu Puteh meluahkan rasa kesal apabila anaknya iaitu pelakon Wanna Ali teruk dikecam netizen gara-gara berkongsi foto bersama aktor Fattah Amin.
Hiburan

“Anda Tak Perlu Buat Pengumuman Bila Rasa Nak Unfollow Me” - Zarina Anjoulie

gempak
13/09/2024
08:55 MYT
Pelakon Zarina Anjouline atau lebih mesra disapa sebagai Anju berkata laman Instagram miliknya bukan lapangan terbang yang memerlukan membuat pengumuman sekiranya ada netizen mahu berhenti mengikutnya.
Hiburan

Foto Hitam Putih Undang Sebak, Netizen Titip Doa Buat Fazura - “Hugs… Semoga Yang Baik-Baik Untuk Awak”

gempak
13/09/2024
05:55 MYT
Pelakon, Nur Fazura mendapat perhatian netizen susulan berita mengenai usahawan cantik ini memfailkan permohonan cerai terhadap suami, aktor Fattah Amin, pagi tadi.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

gempak
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.