Penyanyi dan komposer Ajai tampil memohon maaf kepada bintang Big Stage 2020, Hafiz Zainal.

Ajai membuat kejutan secara langsung kepada Hafiz pada permulaan konsert minggu kedua Big Stage 2020.

"Saya akui saya salah perkataan, mungkin itu prinsip saya apabila menjadi seorang juri dalam sesebuah pertandingan," katanya.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Faizal Maas menyatakan tindakannya itu bertujuan untuk melihat semua peserta Big Stage berjaya apabila keluar daripada program itu nanti.

#GempakLive: Pehhh terbaikk laaa @byajai! Min salute dengan tindakan Ajai untuk @drhafizzainal!

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on


Terdahulu, Ajai yang dilantik sebagai juri tetap Big Stage 2020 bersama Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir memberikan markah terendah dalam sejarah kepada Hafiz Zainal ketika menyanyikan lagu Fly Me To The Moon.

Markah itu dinilai berdasarkan persembahan dan vokal setiap peserta.

Tindakan Ajai itu melakar sejarah markah terendah dari juri dalam mana-mana pertandingan realiti di Malaysia.

BACA: “Sepatutnya Saya Nak Beri Dia Kosong” - Adili Nyanyian Dengan Betul, Ajai Tak Kisah Dibenci Netizen

BACA: "Ajai, Hafiz & ..." - Ini 5 Perkara Trending Dari Konsert Pertama Big Stage 2020

BACA: "Saya Beri 2/100 Dari Sudut Kematangan" - Khir Rahman Komen Markah Ajai, Anggap Gila Viral


Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) setiap hari Ahad jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).