Pelawak dan pengacara, Ajak Shiro atau nama sebenarnya, Mohd Hanaffi Razak, 32, kini muncul dengan single terbaru yang berjudul Ging Gang Guli.
Lagu ciptaan komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun ini diinspirasikan dari lagu rakyat antarabangsa yang popular suatu masa dahulu.
“Pihak pengurusan saya telah berbincang dengan Hafiz dan kami bersepakat untuk berkolaborasi dalam sebuah single berjudul Ging Gang Guli yang merupakan lagu rakyat antarabangsa terkenal suatu masa dahulu tetapi telah diberikan nafas baru.
“Lagu ini merupakan lagu wajib pengakap alam persekolahan pada zaman kanak-kanak dahulu yang sangat mengimbau kenangan lalu dan sering dinyanyikan sewaktu jamboree.
“Saya juga diberikan kepercayaan oleh Hafiz untuk menulis sendiri bait-bait lirik lagu ini dan saya mengambil pendekatan berunsur nasihat kekeluargaan di antara suami isteri melalui pengalaman saya sebagai ketua keluarga,” kata Ajak.
Mudah bekerjasama dengan Hafiz, Ajak mengambil masa selama sehari untuk melakukan proses rakaman Ging Gang Guli
“Wujud keserasian antara kami dan saya rasa sangat mudah bekerjasama dengan Hafiz kerana dia sangat profesional dan tahu apa yang dia mahukan.
“Saya harap penggemar muzik di luar sana tidak kira umur mahupun latar belakang akan terhibur dengan buah tangan terbaru saya,” jelas Ajak.
Lagu Ging Gang Guli boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan.
Lagu ini juga boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu Ging Gang Guli ini juga boleh peminat saksikan di YouTube.
Kamaruddin Razal
Fri Mar 16 2018
Lelaki Selamba Bawa 10 Ekor Anaconda Dalam Beg Dari Thailand Ke India
Tanpa rasa takut, seorang lelaki membawa 10 ekor ular jenis Anaconda dalam beg yang dibawa naik ke pesawat sewaktu ‘terbang’ dari Bangkok, Thailand dan selamat mendarat di Bengaluru, India.
Bapa Ditangkap Curi Sekotak Susu Demi Anak Menangis Kelaparan, Kedai Beri 13 Yang Baru!
Demi anak yang kelaparan, seorang bapa sanggup melakukan apa sahaja termasuk mencuri sekotak susu.
Mahukan Percutian Best? Ini 5 Sebab Ohsem Kenapa Melbourne Destinasi Sesuai Untuk Musim Luruh & Sejuk
Bestnya!
DROGBA & ROONEY | TELEMOVIE GEMPAK
Kisah Johan dan Zizan yang taksub dengan pasukan pilihan mereka iaitu Manchester United dan Chelsea. Saksikan aksi lucu Johan dan Zizan dibantu Ozlynn Wati dalam Drogba & Rooney.
Danial tau pasal nasi impit terhimpit | YES TUAN EP 3
Sketsa lucu masalah yang berlaku di balai polis planet Zuhal. Macam-macam ragam terjadi bila nak sambut raya. Layan sketsa lucu oleh Shuk Sahar, Danial Zaini & Nizam Jentik-Jentik bersama tetamu undangan.
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
Video lucu di website gempak.com/zon-lawak
"Dia Terlalu Baik Untuk Saya" - Farisha Iris Tak Jadi Kahwin Hujung Tahun Ini
Impian tamatkan zaman bujang tak kesampaian.
Rusdi Ramli Jawab Spekulasi Rumah Tangga Goyah: “Bercerai? Siapa Cakap?”
Aktor dan pengarah Rusdi Ramli akhirnya membuka mulut tentang spekulasi rumah tangga yang dibina bersama komposer Sharon Paul yang dikhabarkan berada di hujung tanduk.
Punca Ria Ricis Berkeras Mahu Cerai Terjawab, Suami Suka Lebihkan Sahabat
Polemik rumah tangga pasangan selebriti Ria Ricis dan Teuku Ryan masih belum dapat diselesaikan dan sedang berjalan di mahkamah.
Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Terlalu Banyak Episod, Netizen Gigih Lukis Peta Minda Kronologi Kes Aliff Aziz Untuk Kefahaman Semua!
Kontroversi yang melibatkan Sarah Yasmine, Aliff Aziz, Bella Astillah dan Ruhainies mendapat perhatian ramai seteleh Sarah tampil membuat pendedahan bertubi-tubi baru-baru ini.