Hiburan

"Ajar Anak Pakai Tudung Macam Tu Ke..." - Kritik Fasha Sandha, Netizen Kena 'Basuh' Dengan Wargamaya Lainnya

Badrul Hashim
27/10/2020
01:00 MYT
Kata pepatah dulu-dulu, 'kerana mulut badan binasa' mungkin tidak begitu sesuai apabila melibatkan media sosial tetapi itu yang mungkin hampir tepat boleh dikatakan dengan segelintir netizen ketika ini.
Terlalu cepat menghakimi dan menjatuhkan hukuman, malah lebih teruk lagi menghampiri penghinaan terutamanya terhadap golongan selebriti.
Itulah yang terjadi kepada Fasha Sandha apabila dia berkongsi beberapa keping gambar anaknya, Puteri Raysha Jemyma yang sedang belajar secara atas talian dan dimuat naik ke Instagram miliknya.
"Pelajar dewasa pun pening dengan online classes, inikan pula anak yang belum cukup 6 tahun. Covid 19 please go away," tulis Fasha sebagai kapsyen gambar tersebut.
Ramai yang memuji kecantikan Raysha seperti ibunya. Namun, seorang netizen telah mengundang kemarahan ramai apabila meninggalkan komen yang tidak sepatutnya pada entri tersebut.
"Ajar Anak pakai tudung macam tu ke.. pakai baju tangan pendek pakai tudung.. mak pun macam tu.. Kesian anak", tulis seorang netizen di ruangan komen gambar tersebut.
Kritikan tersebut mendapat balasan hampir seratus komen daripada wargamaya lainnya yang ternyata tidak bersetuju dan marah dengan apa yang ditulis oleh netizen tersebut.
Puteri Raysha Jemyma dan Putera Rayfal merupakan cahaya mata hasil perkahwinan pertama Fasha bersama Rizal Ashram Ramli. Selain itu, Fasha mempunyai seorang cahaya mata, Aisha Amaira hasil perkahwinannya bersama pelakon Aidil Aziz.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Buka Gerai Makan Di Tengah Kubur, Netizen Seram: “Tengah Malam Mesti ‘Ramai’”

gempak
25/07/2024
09:55 MYT
Sepotong video memaparkan sebuah gerai ‘jajanan’ dibuka di tengah-tengah tanah perkuburan di Pati, wilayah Jawa Tengah, Indonesia berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Hiburan

Dekta Pernah Hilang Di KL, Shuib & Arwah Siti Sarah Panik - "Dalam Beberapa Saat Saja..."

gempak
25/07/2024
02:55 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), anak kedua Shuib yang mesra dengan panggilan Dekta itu dikatakan hilang ketika masih kecil.
Viral

Tak Sampai 15 Saat, Kos Hukuman Gantung Di Malaysia Mahal - “Macam Tak Berbaloi…”

gempak
24/07/2024
12:55 MYT
Seorang pengguna di aplikasi X berkongsi kos hukuman gantung pesalah di Malaysia yang didakwa mencecah RM1,975 seorang.
Hiburan

Didakwa Menggeletis Selepas Badan Kurus, Netizen Backup Abby Abadi - “Nama Pun Berlakon..”

gempak
24/07/2024
11:55 MYT
Selepas tampil dengan penampilan yang semakin langsing, setiap hantaran yang dimuatnaik pelakon Abby Abadi pasti meraih perhatian wargamaya.