Anugerah Juara Lagu (AJL34) telah pun melabuhkan tirai dengan menyaksikan lagu Sumpah ciptaan Naim Daniel bersama Omar K diangkat sebagai pemenang.

Aman RA dengan lagu Bangun berada di kedudukan naib juara manakala Anta Permana nyanyian Bob Yusof pula berjaya meraih tempat ketiga.

Manakala Hafiz Suip pula berjaya merangkul dua anugerah iaitu Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik menerusi lagu Kisah Cinta Kita.

BACA: Sumpah, Naim Daniel Juara AJL34

Seperti biasa, acara berprestij sebegini pasti diwarnai dengan pelbagai perkara menarik sepanjang ia berlangsung, di sini, Gempak bawakan kepada anda 10 corat-coret menarik AJL34:

1.Hos AJL34, Awal Ashaari berdepan dengan dugaan hilang suara sebelum acara berlangsung. Disebabkan telalu bimbang, Awal siap membuat poll di Insta Story sama ada perlu menarik diri atau pun tidak.

Bagaimanapun, apabila melibatkan Awal, sudah pasti ramai yang tahu kreadibiliti dan tahap profesionalnya sebagai seorang artis. Syabas Awal! Tetap hebat mengacara walaupun kurang sihat.

2.Penyediaan pentas untuk Kugiran Masdo mengambil masa terlalu lama sehingga penonton mula berkumat-kamit menyatakan rasa bosan menunggu persembahan sebenar.

3.Persembahan Aina Abdul ketika menyampaikan lagu Sumpah telah mencetuskan kontroversi.

Pada mulanya ada yang beranggapan persalinan Aina itu menyerupai pocong, namun lain pula jadinya apabila di pertengahan persembahan apabila busana tersebut dilimpahi cecair merah yang membawa simbolik kepada darah.

Aina juga didakwa membuat persembahan berkonsep memudaratkan diri, melampau dan melanggar peraturan serta melanggar peraturan kandungan media tetapi ia dinafikan oleh tuan punya badan.

BACA: “Dah Tak Ada Idea Ke?” - Persembahan Aina Abdul Didakwa Keterlaluan, Langgar Peraturan

BACA: “Persembahan Kesinambungan Dari Muzik Video” - Aina Abdul

Peminat yang terlebih 'kreatif' di laman Twitter juga turut menyamakan busana Aina seperti ais krim strawberry yang dijual oleh penaja utama AJL34. Laju betul netizen buat kerja!



4. Penyanyi kesayangan negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza membuat kejutan muncul di penghujung persembahan Anta Permana bersama Bob Yusof!

Bagaimanapun, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati apabila mikrofon Tok Ti tidak berfungsi sewaktu penyanyi nombor satu negara itu memulakan nyanyian.

Aduh, terlepas golden moment tu! Bukan senang nak tengok Tok Ti di pentas AJL.

BACA: Tokti Buat Kejutan, Peminat Marah Mic Tak Berfungsi

5.Momen paling manis apabila Hafiz mendedangkan lagu Kisah Cinta Kita dihadapan isteri tersayang, Nureffy Jasreel sebelum memegang dan mencium tangannya. Lebih indah lagi, Nureffy kini sedang sarat hamil. Sweetnya! Sudah pasti ramai wanita yang mengimpikan suami seperti Hafiz kan?

6.Sewaktu persembahan Akim & The Majistret menerusi lagu Rampas, Axiata Arena dihujani dengan daun terup yang direka khas dan mempunyai wajah kesemua anggota kumpulan berkenaan.

7.Mengejutkan! Penampilan penerbit Datuk A. Aida ke AJL34 dengan tidak memakai hijab ternyata menarik perhatian ramai.

Di laman Twitter, netizen 'nakal' mengusik penerbit itu dan mendakwa tudung yang dipakainya sudah 'terbang'!





Rata-ratanya meluahkan rasa tidak percaya dan tertanya-tanya dengan penampilan terbaru A.Aida. Untuk info, A.Aida merupakan penulis lirik lagu Kisah Cinta Kita nyanyian Hafiz Suip.

8. Syamel tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sewaktu persembahan Datuk M. Nasir. Terasa sampai ke jiwa!

9. Ucapan Allahuakhbar yang dilaungkan berulang kali oleh Naim Daniel sewaktu dinobatkan sebagai pemenang AJL34 membuatkan ramai sebak.

Tidak cukup dengan itu, sebelum naik ke pentas untuk menerima trofi, Naim telah melakukan sujud syukur di bahagian hadapan pentas. Tindakan spontan Naim itu mendapat pujian ramai!

10. Ramalan Neeofa tepat! Menakjubkan... Sepanjang empat tahun berturut-turut, ramalan Neelofa tentang juara AJL langsung tidak tersasar! Disebabkan perkara itu, netizen telah mengusik pengacara cantik itu dan melabelkannya sebagai tok bomoh AJL.


Di kesempatan ini, Gempak mengucapkan tahniah kepada semua pemenang AJL34!