Bintang Gegar Vaganza (GV) 7, Aju mengakui hilang fokus selepas terlihat foto arwah ibunya ketika dimainkan di VT sebelum membuat persembahan minggu lalu.

Aju yang menyanyikan lagu Hanya Rindu nyanyian asal Andmesh Kamaleng berkata, dia gagal mengawal emosi namun telah mencuba sehabis baik.

“Ketika diberi tugasan untuk menyanyikan lagu tersebut, saya takut. Saya dah cuba…Di rumah pun saya cuba tetapi tetap tak boleh nyanyi.

“Sampai dalam solat pun, saya mohon pada Allah SWT supaya tenangkan saya sekejap untuk saya perform.

“Ketika berada di belakang pentas, saya terdengar VT yang dimainkan dan kemudiannya ternampak gambar arwah emak.

“Masa itu saya rasa dah tak boleh nak teruskan persembahan, saya memang dah tak yakin saya boleh. Tetapi saya kuatkan juga semangat.

“Saya rindukan emak saya. Kadang-kadang cuba buat-buat lupa tapi saya tak mampu,” katanya sebak.

[[BACA: “Mujur Saya Tak Stay Di KL Kalau Tak…” – Ibu Aju Meninggal Dunia Dua Hari Selepas Sesi Fotografi GV7]]

Sementara itu, menerusi tinjauan Gempak di laman sosial rasmi Gegar Vaganza rata-rata peminat GV7 memohon ‘Boss Susu’ menggunakan imuniti untuk menyerap masuk Aju.

“Boss Susu tolong gunakan imuniti untuk serap balik ‘Abe’ Aju Success! Dia dah buat yang terbaik.

“Please masukkan Aju Balik…Sebab Aju taka da buat salah pun dalam konsert GV7. Bagilah keadilan untuk dia.

“Best Aju lagi dari Ayu! Kenapa Aju yang terkeluar?,” antara komen yang ditulis peminat.

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial)

Dikendalikan oleh dua hos versatil Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.

Teruskan menonton GV7 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.

Rangkaian program GV7 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’.

‘Kapsul Gegar Vaganza’ akan disiarkan pada hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.30 petang dan siaran ulangannya pula pada jam 11.30 malam.

Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV7’.