Hiburan
"Akak Ni Bukanlah Penghafal Skrip Yang Bagus .." - Noorkhiriah Kongsi Tips Jadi Pelakon
Pelakon Noorkhiriah mendedahkan tips untuk menjadi seorang pelakon yang telah diamalkannya sepanjang berada dalam industri seni.
Menurut Khiriah perkara pertama yang perlu dibuat adalah fahamkan skrip dahulu.
Kemudian, diikuti dengan gaya yang perlu dilakonkan.
Khiriah juga berpesan supaya tidak terikat dengan skrip kerana akan kelihatan kaku apabila di hadapan kamera nanti.
"Akak ni bukanlah penghafal skrip yang bagus..Akak ambik isi lepastu adlib..
"Sajalah share kot ada yang berminat nak jadi pelakon..Cara masing-masing..
"Cara akak, pahamkan dulu..baca lepastu baru gayakan camne..
"Kita jangan terikat dengan skrip itu yang nampak kayu meja berlakon..
"Kalau dapat sparing partner mcm @azhar_rani senang..mcm main bola..kita sepak, dia tendang.
"Dapat partner yang mcm tiang gol..masak dik..tak bergerak acting," tulisnya.
Tambah Khiriah, untuk menjadi seorang pelakon seharusnya mempunyai pengalaman hidup.
"Apapun nak jadi pelakon paling tidak, kena ada pengalaman hidup..
"Macam akak ilmu takda..harapkan pengalaman jelaaa..
"Apapun nak olah skrip kadang-kadang kena inform pengarah..nanti pengarah marah akak taktau..tapi kadang-kadang akak tak inform.
"Kita kena respect dengan skrip itu rezeki tapi akak selalu lupa mana skrip akak..
"Rupanya kat rumah suami buat semakan #acahmatlabu sudahnya @ucheefukada punya skrip akak sesah..Sorry Ci salam asar," tulisnya lagi.
Khiriah mula aktif di industri hiburan Malaysia pada tahun 1999 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini menerusi lakonan dalam drama tempatan.
Must-Watch Video