Hiburan
"Akak Tak Boleh Pergi Rumah Awak & Berlakon Untuk Awak Ikut Timing Awak, Sayang" - Sharifah Amani Jawab Soalan Peminat
Pelakon dan pengarah Sharifah Amani berkongsi kisah di Twitter miliknya tentang soalan yang sering ditanya oleh peminat.
Soalan daripada peminat yang seolah-olah hanya bertanya tetapi tidak mengikuti perkembangan lakonan Sharifah Amani.
"Lama tak tengok Akak berlakon."
Advertisement
"Last pegi pawagam tengok wayang local bila?"
"Eh, lama sangat tak gi pawagam."
"Pernah pegi teater?"
"Tak pernah."
"Pernah tengok KopitiamDoubleShot kat Viu?"
"Apa tu?"
"Akak tak boleh pergi rumah awak dan berlakon untuk awak ikut timing awak sayang. Sorry tau."
Begitulah coretan perbualan yang dikongsi oleh Sharifah Amani di Twitternya.
Pada masa yang sama, dia memberitahu dia boleh sahaja menerima apa jua watak dan sentiasa keluar di kaca TV, tetapi itu hanya akan membuatkan dirinya kaya dan terkenal.
"Saya tak lakukannya untuk itu. Saya di sini untuk bercerita tentang kisah penting, menarik generasi, membentuk masa depan kita dengan rasa cinta, kepelbagaian dan empathy.
"Saya tidak berminat pada diri saya, saya berminat pada anda," tulis Amani dalam Bahasa Inggeris.
Tambah Sharifah Amani lagi, apa juga watak yang diambil dan apa juga projek yang ingin dilakukan atau disokong adalah merupakan tanggungjawabnya terhadap peminat.
"Takleh je main terima je semua benda. Tak adil untuk anda. You deserve the very best.
"So I’d rather work less and give you good work than do so much just to take your money and attention but leave you empty," tulis pelakon filem Motif ini.
Must-Watch Video