Hiburan

Akaun Kena Hack, Siti Sairah Beri Kenyataan Rasmi

gempak
Mya Amri
21/01/2020
14:59 MYT
Sponsor Banner
Akaun Kena Hack, Siti Sairah Beri Kenyataan Rasmi
Penyanyi Siti Sairah memberitahu akaun Instagram (IG) miliknya telah digodam.
Pemberitahuan mengenai akaun terbaru Sairah itu diumumkan menerusi ruangan IG Insta Story milik kakaknya, penyanyi kesayangan negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Saya Siti Nursairah Tarudin ingin menjelaskan dengan dukacita di maklumkan bahawa akaun Instagram peribadi milik saya @sitisairahtarudin telah di hack oleh pihak tidak berwajib.
“Dengan ini saya ingin memohon maaf atas segala kesulitan dan kesukaran yang telah berlaku. Untuk itu saya telah membuat akaun baru atas nama penuh saya @sitinursairahtarudin bagi memudahkansegala urusan yang berkaitan kerjaya mahupun keluarga.
“Jadi saya mohon kerjasama baik kalian yang mengenali saya boleh follow akaun baru ini. Semoga segala urusan lebih dipermudahkan selepas ini. Ameen,” maklumnya.
Sehingga kini akaun baru Sairah baru sahaja mempunyai empat posting dan hampir 2,000 pengikut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live