Drama

Pemergian ‘Abang Azriel’ Buat Penonton Menangis, Tindakan ‘Selfish’ Eshaal Punca Tragedi Menyayat Hati - “Ayah Tak Guna Kau Ni”

gempak
Asyikin Mayudin
04/02/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
Pemergian ‘Abang Azriel’ Buat Penonton Menangis, Tindakan ‘Selfish’ Eshaal Punca Tragedi Menyayat Hati - “Ayah Tak Guna Kau Ni”
Episod 25 drama Curang Tanpa Niat meninggalkan kesan mendalam kepada penonton disebabkan babak anak sulung Elina (lakonan Mira Filzah) iaitu Abang Azriel meninggal dunia.

Pemergian Azriel

Pemergian Azriel yang tidak dijangka bukan sahaja mengundang air mata, malah mencetuskan kemarahan terhadap watak bapanya iaitu Eshaal (Shukri Yahaya) yang dianggap sebagai punca tragedi itu.
Dalam episod yang menyayat hati, Azriel menjadi mangsa kepada konflik dalaman dan keputusan buruk yang dibuat oleh Eshaal.
Penonton yang mengikuti perjalanan hidup keluarga ini tidak dapat menahan rasa kecewa terhadap tindakan Eshaal yang dianggap mementingkan diri sendiri, sehingga meragut kebahagiaan anaknya sendiri.
Menerusi media sosial, ramai peminat meluahkan rasa kesedihan atas pemergian Abang Azriel selain turut berang dengan watak Eshaal.
“Ayah tak guna la kau ni disebabkan perempuan bodoh tu.

“Apa ni. Abang Azriel dah macam hero tau dalam cerita ni. Kenapa dia pergi… tak dapat tengok muka abang Azriel lagi. Sedihlah macam ni. Eh director ni pun. Apahal buat jalan cerita macam ni!

“Semua salah Eshaal, bencilah tengok Eshaal,” komen beberapa netizen.
Namun, pemergian Azriel juga memberikan impak besar kepada jalan cerita drama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Elina Ditolak Timbul Tanda Tanya, Ramai Yang Pause & Replay Semata Nak Cari Siapa Pelaku - “Aku Tekan Pause Ulang Banyak Kali Weh”

ARTIKEL BERKAITAN: Babak Azriel Bantu Elina Kena Serangan Panik Raih Perhatian, Penonton Puji Lakonan Qaiszerr Eshan - “Pandainya Adik Ini Berlakon”

ARTIKEL BERKAITAN: Mira Filzah Kongsi Video BTS Astrid Kena ‘Ganyang’ Dengan Elina - “Tiada Kekasaran Sebenar Berlaku, Semua Babak Dibuat…”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Geng Suri Rumah’ Tak Senang Duduk Tengok Eshaal, Beri Sokongan Pada Elina - “Don’t Play-Play With Us”

Ia menimbulkan persoalan tentang akibat tindakan tidak bertanggungjawab dan bagaimana seseorang perlu bertanggungjawab atas keputusan mereka.
Bagi penonton, watak Elina yang kehilangan anaknya kini menjadi simbol kekuatan seorang ibu dalam menghadapi tragedi.
Drama ini berjaya menyentuh emosi penonton dengan naratif yang mendalam dan penuh pengajaran.
Adakah Eshaal akan menebus kesalahannya? Atau adakah tindakan buruknya akan terus menghantui hidupnya?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024