Hiburan

“Akhirnya Dapat Juga Beraya Di Kampung Halaman, Tapi Bukan Raya Seperti Ini Yang Aku Impikan…” – Mamat Sepah

gempak
Fiza Kamarudin
27/05/2020
14:52 MYT
Sponsor Banner
“Akhirnya Dapat Juga Beraya Di Kampung Halaman, Tapi Bukan Raya Seperti Ini Yang Aku Impikan…” – Mamat Sepah
Pelawak Mamat Sepah akhirnya dapat pulang berhari raya di kampung halamannya di Kulai, Johor pada hari raya kedua yang lalu.
Namun perasaan teruja bertukar pilu kerana Mamat kehilangan seorang sahabat yang juga pembantu peribadinya, Jamal Othma atau lebih dikenali sebagai Jay Jamal.
Mamat berkata walaupun dapat pulang ke kampung, namun bukan ini Aidilfitri yang diharapkan olehnya.
“Akhirnya dapat juga balik beraya di kampung halaman di Aidilfitri yang kedua, tapi bukan raya seperti ini yang aku mahu dan impikan. “Aku kehilangan insan yang menjaga keselamatan aku sepanjang mengadakan persembahan di pentas.
“Sahabat aku, pembantu peribadi aku yang terbaik yang pernah aku ada selama ini. Dia dah pergi tinggalkan aku dalam keadaan yang pun tak tahu nak ucapkan, secara tiba-tiba.
“Takkan ada pembantu peribadi aku sebaik kau sahabat. Selamat la dikau di sana bersama insan-insan beriman,” katanya. Mamat berkata, Allahyarham Jay Jamal sangat rapat dengannya, tambahan lagi mereka pernah duduk serumah ketika tinggal di Shah Alam.
“Dialah abang, dialah sahabat dia juga P.A yang terbaik. Dia sentiasa ada bersama sehinggalah hari pernikahan aku.
“Tapi aku dah kehilangan dia buat selama-lamanya,” katanya.
Allahyarham meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru pada 25 Mei lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 23, Kulai.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live