Selepas berteka-teki selama empat bulan mengenai status dirinya yang didakwa mendirikan rumah tangga buat kali kelima, akhirnya pelakon Natasha Hudson membuka mulut.
Natasha atau nama sebenarnya Natasha Liana Hudson, 38, mendedahkan dirinya masih lagi berstatus ibu tunggal.
“Sebenarnya saya tak kahwin pun lagi. Tarikh 14 Oktober sebenarnya teaser untuk pelancaran produk tapi tak jadi sebab pandemik.
“Jadi, bila ada yang nak kecoh-kecoh, terima kasihlah naikkan pengikut saya. Walhal saya tak cakap apa pun (pasal kahwin), tapi orang buat andaian,” katanya kepada Gempak.
Natasha ditemui pada Majlis Pelancaran Crystal C di Menara Kuala Lumpur hari ini yang menyaksikan dirinya dilantik sebagai wajah dan ikon jenama produk.
Terdahulu, pada Oktober, Natasha menimbulkan spekulasi selepas memuat naik sekeping foto seolah-olah memberi gambaran dirinya bakal mengakhiri zaman janda.
BACA: Kongsi Foto Couple & Tarikh 14 Oktober, Natasha Hudson Bakal Berkahwin Kali Ke-5?
Kata Natasha lagi, buat masa sekarang dia tidak memikirkan lagi soal untuk berumah tangga buat sekian kalinya.
“Sejujurnya saya tak bersedia lagi (nak kahwin lain). Proses sembuh yang sebelum ini pun belum selesai.
“Pelbagai jenis lelaki yang cuba mendekati, bahkan ada juga wanita yang siap lamar untuk jadi madu.
“Saya pun tak tahu kenapa mereka berbuat begitu. Mereka mesej di Instagram, saya gelak bila baca,” katanya.
Sebelum ini, Natasha pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali, namun kesemua mahligai yang dibina berkecai.
Kali terakhir Natasha dilaporkan bercerai pada 2019.
Menerusi perkahwinan sebelum ini, Natasha dikurniakan tiga cahaya mata.
ZULHILMI JALIL
Wed Jan 06 2021
Kangen Band & Bagindas X Dj Rycko Ria Bergabung Dalam Konsert Berjudul C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur
Kangen Band dan Bagindas disatukan dalam Konsert C.I.N.T.A Kembali Pulang Live in Kuala Lumpur pada 26 Mei 2024, jam 8 malam di Zepp Kuala Lumpur.
Dakwa Difitnah Khayalkan Aliff, Sarah Yasmine Tak Takut Nak Saman Ruhainies RM5 Juta?
Sarah Yasmine tidak takut untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pelakon Ruhainies atas dakwaan fitnah menuduhnya meletakkan bahan terlarang dalam minuman Aliff Aziz.
Bulu Mata Senget & Gincu Tak Sekata Sarah Yasmine Jadi Tumpuan Netizen
Kedudukan bulu mata palsu milik wanita yang didakwa kekasih gelap Aliff Aziz, Sarah Yasmine ketika satu rakaman temubual bersama sebuah portal hiburan malam tadi menjadi tumpuan netizen.
SIAPAKAH PEMILIK HATI NAZIAH? | KE KODIANG WITH LOVE EPISOD 4
Kesian betul tengok Ajib, macam kecewa sangat tu bila Johan tiba tiba muncul balik dalam hidup Naziah. Apa yang akan jadi agak agak? Dapat ke Ajib memenangi hati Naziah?
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Saksikan Ke Kodiang With Love setiap Jumaat, 12PM di semua platform Gempak
#KeKodiangWithLove
#GempakOriginalSeries
Sarah Yasmine Tolak Untuk Bertemu Ruhainies, Sempat ‘Tegur’ Bahasa Inggeris Teruk - “Saya Bagi Peluang Awak Cakap Jujur Tapi…”
Sarah tak nak jumpa Ruhainies.
Sarah Yasmine Minta Break Up, Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak
Wanita yang didakwa kekasih gelap pelakon Aliff Aziz, Sarah Yasmine terus tampil mendedahkan kisah mereka menerusi satu temubual bersama portal hiburan malam tadi.
“Ada Wajah Kita Tak Mahu Berpisah, Tapi Terpaksa Melepaskannya” - Datuk Red
Datuk Red luah perasaan di TikTok.
GMW Giveaway: Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun
GMW Giveaway: Konsert Only Jiwang Jiwang Club
Keanu Azman, Noryn Aziz & Hariz Hamdan Sertai Kemeriahan 'Hello NU Sentral' 27 April Ini!
Kemeriahan Hello NU Sentral akan dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan antaranya penyanyi OST Khunsa, Noryn Aziz dan bintang baharu yang sedang menyinar, Hariz Hamdan.