,
Hiburan

Kongsi Foto 'Couple' & Tarikh 14 Oktober, Natasha Hudson Bakal Berkahwin Kali Kelima?

Zulaikha Yusof
10/10/2020
10:17 MYT
Pelakon Natasha Hudson memberi bayangan seolah bakal menamatkan zaman solo selepas bercerai kali keempat pada tahun lalu.
BACA: Padam Foto Bersama Suami Ke-4, Rumah Tangga Natasha Hudson Berakhir?- “Saya Bukan Dilahirkan Untuk Mendapatkan Sesuatu Yang Kekal”
Menerusi Instagram (IG) miliknya, Natasha, 38, seakan menggambarkan akan ada momen indah yang lebih baik bakal berlaku.
"Apa yang akan datang lebih baik daripada yang ada di sini sekarang. Hargai apa yang anda miliki, jadi seorang yang jujur, setia, penyayang dan ia akan kekal.
"Jadilah orang yang baik. Semua kecantikan terletak di dalam diri anda," tulisnya.
Lebih mengukuhkan lagi, pemilik nama Natasha Liana Hudson berkongsi satu tarikh iaitu pada 14 Oktober 2020.
Entri tersebut turut memuat naik separuh foto pasangan lelaki dan perempuan yang menampakkan sebentuk cincin.
Hasil pemerhatian Gempak, rata-rata pengikut IG sudah mula menitipkan ucapan tahniah dan juga mendoakan agar segala urusan dipermudahkan.
"@mcfarul: Tahniah babe! Lelaki itu seorang yang bertuah.
"@hajarmohamadali: Tahniah awak.
"@eanlee__: Tahniah Tasha dan pasangan!
"@ummuaiynul: Semoga dipermudahkan semuanya.
"@faisalmary: Tahniah. Semoga kekal sampai Jannah..Amin," antara komen-komen yang ditinggalkan.
Sementara itu, Gempak sudah menghubungi Natasha namun, nombor telefon yang dihubungi sudah tidak digunakan lagi.
Gempak juga sudah menghubungi Natasha melalui DM, namun masih menanti jawaban dan pencerahan daripadanya.
Sebelum ini, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 dan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.
Pada Oktober 2018 , Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga.
Sekali lagi jodoh tidak panjang, menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercerai dengan Noor Nashriq Sekarnor pada tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Biarlah Saya Jadi Isteri Yang Baik" - Angeline Tan

gempak
20/09/2024
11:55 MYT
Pelakon, Angeline Tan sentiasa berdoa agar diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dan menjadi seorang muslimah yang baik.
Hiburan

Gimik Bagi Cincin, Adira Nafi Dakwaan Mempermainkan Isu Rumah Tangga - “Cukuplah Hanya Saya & Abang Red Sahaja Tahu”

gempak
19/09/2024
23:55 MYT
Penyanyi, Adira Suhaimi menafikan dakwaan mempermainkan isu rumah tangga bersama bekas suaminya iaitu usahawan yang kini dipanggil Abang Red.
Viral

40 Hari Berkahwin, Wanita Minta Cerai Sebab Suami Mandi Sekali Sebulan

gempak
19/09/2024
00:55 MYT
Seorang isteri memfailkan perceraian selepas 40 hari berkahwin kerana suaminya jarang mandi dalam kejadian di bandar Agra, India.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Tenang Berdepan Kontroversi Melibatkan Perkahwinan Didakwa Tidak Sah, Angeline Tan Syukur Suami Beri Keyakinan - “Kami Menerima Banyak Panggilan & Mesej, Malah…”

gempak
12/09/2024
23:45 MYT
Dalam agama Islam, akad nikah adalah perkara yang wajib dilakukan untuk menjadi pasangan suami isteri. Namun, pernikahan antara Angeline Tan dan Sabri Yunus pernah menjadi isu suatu ketika dahulu.