Hiburan

"Akhirnya Tumbang .." - Shuib Sepahtu Masuk Hospital

gempak
Zulaikha Yusof
14/11/2019
02:39 MYT
Sponsor Banner
"Akhirnya Tumbang .." - Shuib Sepahtu Masuk Hospital
Pelawak dan penyampai radio Shuib Sepahtu telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami masalah kesihatan.
Menerusi entri di Instagram (IG), Shuib berkongsi gambar ketika sedang berada di sebuah hospital dan menerima rawatan susulan akibat masalah kesihatan yang dialaminya itu.
"Akhirnya tumbang. Rehat Soeb," tulisnya ringkas berserta gambar ketika berada di hospital.
Rata-rata rakan artis dan peminat meninggalkan komen dengan mendoakan supaya Shuib kembali pulih selepas menerima rawatan.
Namun, Shuib tidak mendedahkan punca sebenar dia dimasukkan ke hospital.
Kami di Gempak mendoakan agar Shuib kembali sihat seperti biasa selepas menerima rawatan.
Terdahulu, Shuib bengang dengan sebuah hospital swasta selepas terpaksa menunggu lama sebelum menerima rawatan.
BACA: "Menunggu Macam Aku Masuk Sini Percuma Pulak!" - Shuib Sepahtu Marah Siapa Tu?
A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live