Hiburan

Akhirnya...Kedai Dobi, Barangan Elektrik & Logam Dibenarkan Beroperasi!

gempak
Hanafis Haris
17/04/2020
09:04 MYT
Sponsor Banner
Akhirnya...Kedai Dobi, Barangan Elektrik & Logam Dibenarkan Beroperasi!
Teka teki mengenai sama ada tiga jenis premis masih dibenarkan dibuka akhirnya terjawab apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumukan keputusan itu hari ini.
Menerusi Astro Awani, Menteri KPDNHEP, Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, tiga sub sektor tambahan dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga yang berakhir 28 April ini.
"Tiga sub sektor itu ialah kedai barangan logam, kedai barangan elektrik dan elektronik (tidak termasuk kedai peralatan telekomunikasi dan peralatan ICT) serta perkhidmatan dobi penuh," katanya.
Tambahnya, hanya permohonan yang menepati syarat Prosedur Operasi Standard (SOP) dan lengkap akan dipertimbangkan.
"Permohonan yang diterima selain daripada melalui portal tersebut tidak akan diproses"
"Kebenaran beroperasi juga tertakluk kepada pematuhan syarat ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan garis panduan lain-lain agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa," ," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sumber : Astro Awani, Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live