,
Hiburan

Akibat Berlakon Bersama Nam Ron, Riena Diana Tidak Tidur Semalaman

Zulaikha Yusof
03/03/2019
18:27 MYT
Pelakon Riena Diana mendedahkan tidak dapat tidur semalaman apabila berlakon bersama aktor Nam Ron dalam sebuah telemovie, Tasbih Usang.
Menurut Riena dia berasa takut dan gementar memandangkan Nam Ron adalah seorang pelakon senior.
"Sebenarnya saya tidak boleh tidur semalaman apabila dengar Nam Ron akan menjadi ayah saya dalam telemovie itu.
"Saya berasa takut dan gementar memandangkan Nam Ron adalah seorang pelakon senior.
"Nam Ron memang pandai berlakon justeru saya takut tidak mampu memberi apa yang diinginkannya.
"Dia semestinya mempunyai target untuk sebuah telemovie yang diterima," katanya kepada Gempak.
Riena ditemui ketika Siri Jelajah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019 di Management And Science University, Shah Alam.
Menurut Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana berkata dia terkejut apabila Nam Ron mengajak untuk melakukan latihan sebelum penggambaran bermula.
"Masa hari pertama kami berada di set penggambaran, Nam Ron mengajak saya melakukan latihan untuk babak pertama.
"Saya sangat berasa terkejut namun begitu layanan itu membuatkan saya berasa selesa untuk bekerjasama.
"Kami hanya melakukan penggambaran selama lima hari tetapi keakraban kami seperti satu keluarga," katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

7 Tahun Kahwin, Fazura Fail Cerai Terhadap Fattah Amin

gempak
13/09/2024
04:38 MYT
Aktres dan usahawan Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap suami, pelakon Fattah Amin, pagi tadi selepas tujuh tahun berkahwin.
Hiburan

Muka Disamakan Dengan Girlfriend Popeye Sebab Rambut Pendek, Intan Najuwa Sekolahkan Netizen - "Saya Tak Guna Duit Awak..."

gempak
12/09/2024
08:25 MYT
Pelakon Datin Intan Najuwa memberitahu dia tidak mengendahkan komen netizen yang menyifatkannya serupa dengan teman wanita watak animasi terkenal, Popeye, ketika berambut pendek.
Hiburan

Nadhir Nasar Terima Teguran Pelakon Senior - “Pasti Ada Saja Yang Mereka Pendam Kepada Pendatang Baharu”

gempak
12/09/2024
02:55 MYT
Pelakon Nadhir Nasar bersetuju dengan kenyataan berhubung ramai pelakon generasi baharu yang bertubuh sasa gagal melakukan babak aksi dengan betul seperti yang disuarakan oleh pelakon senior, Ruzaidi Abdul Rahman baru-baru ini.
Hiburan

Pelakon Kacukan Terima Wang Lebih RM1 Juta Pada Pertemuan Dengan Peminat

gempak
12/09/2024
02:25 MYT
Pelakon berusia 29 tahun, Sirilak Kwong atau Lingling Kwong boleh dianggap sebagai selebriti yang bertuah.
Hiburan

Raline Shah Minta Ibu & Bapa Carikan Jodoh : “Saya Tinggal Pilih”

gempak
11/09/2024
14:50 MYT
Aktres Indonesia, Raline Shah terkenal bukan hanya kerana bakat lakonan tetapi kejelitaannya.