Laman Utama
Akibat Dihentam Netizen, Rizky Billar Jadi Tak Lalu Makan, Hanya Berselera Jamah Mi Segera
Peguam kepada Rizky Billar, Adek Erfil Manurung mendedahkan yang keadaan mental anak guamnya masih belum pulih selepas didakwa berlaku kasar dan memukul isteri, Lesti Kejora baru-baru ini.
“Sehingga semalam (kelmarin) saya ke rumahnya, dia masih down,” katanya kepada Detik.com.
Akibat daripada tekanan, Adek Erfil memberitahu yang Rizky yang lalu makan mi segera sahaja dan tidak berselera untuk menjamah makanan lain.
“Jadi, dia hanya makan mi segera sahaja dan tidak menjamah pun nasi yang dimasak oleh ibunya. Dia tidak berselera nak makan kerana teruk dihentam netizen,” ujar peguamnya lagi.
Bagaimanapun, Adek Erfil memberitahu yang keadaannya masih lagi terjaga menjelang temu janji dengan polis pada Khamis depan.
“Dia diminta untuk tidak jatuh sakit memandangkan pada 13 Oktober ini, dia perlu hadi ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan,” kongsinya.
Dalam pada itu, Adek Erfil berkongsi yang Rizky masih lagi berada dalam keadaan tertekan.
"Akibat serangan netizen, mentalnya terganggu,” katanya lagi.
BACA: Tak Datang Balai Polis Sebab Mental Down & Nak Jumpa Ustaz, Rizky Billar Nafi Pukul Lesti Kejora
Kredit foto: Indonesia Travel
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Must-Watch Video