Laman Utama

Tak Datang Balai Polis Sebab Mental Down & Nak Jumpa Ustaz, Rizky Billar Nafi Pukul Lesti Kejora

gempak
Maliah Surip
06/10/2022
22:51 MYT
Sponsor Banner
Tak Datang Balai Polis Sebab Mental Down & Nak Jumpa Ustaz, Rizky Billar Nafi Pukul Lesti Kejora
Rizky Billar seharusnya hadir memenuhi permintaan pihak polis untuk melakukan siasatan selepas dilaporkan memukul isterinya, Lesti Kejora pada Khamis.
Sayangnya, pelakon dan hos yang telah ditamatkan perkhidmatannya itu tidak hadir ke Polres Jaksel atas alasan dirinya mengalami gangguan mental yang cukup parah gara gara pemberitaan dan dikritik netizen.
Hal itu disampaikan oleh peguam yang mewakilinya, Neas Ginting, kepada wartawan tempatan.
“Saya informasi dulu ya, saya mewakili Billar, kemudian beliau sedang menunggu ustaz juga. Beliau sibuk sehingga tidak dapat datang ke balai," ujar Neas Ginting, kepada wartawan seperti yang dilaporkan Detik.com.
Pada waktu sama, Neas mengatakan mental kliennya sangat tidak stabil gara gara pemberitaan dan kritikan yang datang dari warganet.
Justeru itu, Rizky kini mahu menjadi ketenangan terlebih dahulu dan meminta bantuan ustaz untuk membantu mentalnya stabil.
Selain itu, Neas menegaskan Rizky tidak melakukan kekerasan rumah tangga terhadap Lesti. Mengenai laporan membaling bola snuker, Rizky mengaku dia hanyaa mengertek isterinya.
Sementara itu, pihak polis akan cuba memanggil Rizky untuk diperiksa buat kali kedua. Jika dia gagal hadir pada panggilan kedua, pihak polis sendiri akan memaksa Rizky datang ke balai untuk menjalankan siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live