Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Akibat Pakai Jubah Warna Hitam Berkilat, Baju Raya Pemuda Ini Disamakan Dengan Plastik Sampah!

Firdaus
08/04/2024 05:55 MYT
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba, pasti ramai umat Islam yang telah membuat persiapan seperti membeli baju baharu untuk menyambut kedatangan Aidilfitri.

Baju Raya Disamakan Dengan Plastik Sampah

Bagaimanapun, menerusi satu hantaran lucu yang dimuat naik di Platform X, pakaian untuk hari raya pemuda ini menjadi bahan ketawa netizen apabila jubah yang dibelinya disamakan dengan plastik sampah.

Menerusi entri tersebut, dapat dilihat pemuda berkenaan mengenakan jubah berona hitam yang diperbuat daripada material kain berkilat yang seakan-akan tampak seperti kalis air.

Netizen Terhibur

Susulan penularan video berikut, netizen tidak melepaskan peluang ‘membahan’ baju yang dipakai lelaki tersebut, di mana ada segelintir yang menyamakan pakaian itu dengan objek-objek lucu.

Antara komen yang diterima:

“Macam plastik sampah ni,”

“Boleh lah jadi baju hujan nanti,”

“Ingat dia plastik sampah tadi,”

“Ni baju raya ke, uniform geng plastik hitam.”

Sekadar info, video klip singkat tersebut diyakini berasal daripada negara jiran, Indonesia.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih lebih 100,000 tontonan dan hampir 600 tanda suka di Platform X.

BERITA TRENDING: Beraya Di Rembau & Perlis, Fasha Sandha Ada 45 Pasang Baju Raya

BERITA TRENDING: Letak Wajah Sendiri di Sampul Raya, Netizen Tegur Kiedacrepe - “Jangan Letak Muka, Kita Tak Tahu Niat Orang”

Sumber: Platform X
#Viral #Ramadan #Netizen #Lawak #Raya #Baju Raya #Aidilfitri #Hari Raya #hiburan #Syawal #Sampah #Lucu #Plastik Sampah #Baju Hujan
;