Hiburan
Akibat Serangan Jantung, Gitaris Terkenal Aji Meninggal Dunia
Pemain gitar terkemuka tanah air, Fauzi Samin atau lebih dikenali sebagai Aji dilaporkan meninggal dunia pagi ini akibat serangan jantung.
Menerusi laporan Astro Awani, Allahyarham Aji, 50 dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di Shah Alam kira-kira jam 11.45 pagi tadi.
Menurut pengurus Datuk Ramli Sarip, Juria Banding, Aji sebelum itu ada mengadu sakit dada kepada rakannya sekitar jam 2 pagi, Khamis.
"Lepas itu dia mula muntah dan rakannya terus menghubungi Ambulans dan terus di bawa ke Hospital Columbia di Kota Kemuning untuk diberi rawatan.
"Allahyarham sepatutnya membuat persembahan bersama Datuk Ramli Sarip di Melaka malam ini," katanya.
Difahamkan, Jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan di Gombak hari ini.
Berita kematian Aji dikongsikan oleh penyanyi Hattan dan beberapa teman rapat Allahyarham di media sosial.
Ketika hayatnya, Allahyarham sering menjadi pemuzik undangan untuk beberapa artis tanahair antaranya Datuk Shiela Majid, Datuk Zainal Abdin, Datuk Ramli Sarip dan ramai lagi.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video