Penyanyi Stacy akui teruja apabila dapat membawa suaminya, Akim Ahmad untuk membeli juadah berbuka puasa di negeri kelahirannya, Sabah.

Stacy atau nama Ummu Syaikhah Stacy Abdullah, 26, berkata suaminya seorang yang suka mencuba sesuatu yang baharu.

"Sebenarnya ini pertama kali Akim ikut saya pergi bazaar Ramadan di Sabah.

"Kebetulan pula Sajian Hati Digi beri peluang untuk kami berada di negeri kelahiran saya dan membeli juadah untuk berbuka, saya amat teruja.

"Akim sukakan makanan yang manis-manis jadi saya memilih Berobok untuk dia cuba kerana makanan ini juga makanan kegemaran saya sejak kecil.

"Berobok ini sejenis bubur jagung yang bezanya ia ditambah nasi tetapi rasanya sangat sedap dan lemak manis.

"Saya pasti Akim suka kerana dia juga suka mencuba makanan baharu," katanya kepada Astro Gempak.

Stacy ditemui bersama Akim ketika Jelajah Sajian Hati Digi di bazaar Ramadan Gaya Street, Kota Kinabali Sabah, pada Khamis.

Sementara itu, Akim pula memberitahu dia pernah mencuba satu makanan tradisi Kadazan Dusun yang pernah diberikan oleh Stacy iaitu Hinava.

"Sebelum kahwin, Stacy pernah beri saya cuba makan Hinava.

"Rasanya masam-masam pedas dimakan bersama ikan goreng.

"Terus-terang saya tidak berapa suka, mungkin tidak kena dengan tekak saya tetapi saya gembira kerana dapat mencuba pelbagai makanan yang berbeza disini," kata Akim.

Jelajah Sajian Hati Digi akan memaparkan selebriti jemputan ke lapan bazaar Ramadan terpilih untuk mencari juadah terbaik untuk yang tersayang.

Lebih menarik lagi, program yang dihoskan oleh Ray Era ini bakal disiarkan secara langsung di Facebook dan selebriti jemputan bakal mendedahkan tentang insan yang paling mereka sayang.


Jelajah Sajian Hati Digi seterusnya akan diadakan di Jalan Tunku Abdul Rahman, pada 11 Jun ini bersama beberapa artis seperti, Irma Hasmie, CK Faizal dan Mia Sara.

Berita baik untuk pelanggan Digi, dapatkan aplikasi MyDigi di App Store dan Google Play Store kerana pelbagai tawaran menarik untuk anda nikmati sepanjang Ramadan ini seperti menebus juadah berbuka dan perkhidmatan Grab ke bazaar.

Bersempena Ramadan ini juga Digi Prepaid™ menawarkan biGBonus sehingga 30GB internet pantas serendah RM3 sebulan, dapatkan sekarang sepanjang bulan ini.

Anda pengguna Digi Postpaid™ 80? Jangan bimbang kerana AnytimeBonus menawarkan hanya tambah RM5 untuk 20GB internet sepanjang bulan ini.

Kepada yang masih belum menggunakan perkhidmatan Digi, cubalah sekarang untuk menikmati tawaran istimewa ini!

Teks oleh: Syafiqah Jalal