,
Hiburan

"Aksi Menyelam, Terjunan & Babak Lasak Jadi Tarikan Utama Filem PASKAL The Movie" - Laksamana Pertama Anuar Alias

Asraf Aided
19/09/2018
12:32 MYT
Panglima Pasukan Khas Laut Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Pertama Anuar Alias atau mesra disapa Laksamana Anuar merupakan individu sebenar yang dijadikan inspirasi untuk watak Laksama Komander Arman Anwar yang dilakonkan oleh Hairul Azreen dalam filem PASKAL The Movie.
Menurut Anuar, dia berasa sangat kagum dengan teknik yang digunakan dalam penghasilan filem tersebut.
"Saya berasa bangga menonton filem ini, teknik penghasilannya sangat mengagumkan.
"Saya juga berpendapat, aksi menyelam, terjunan (payung terjun) dan beberapa aksi lasak yang dipaparkan mampu menjadi tarikan utama filem ini," ujarnya.
Anuar ditemui di Majlis Tayangan Perdana Filem Paskal di Golden Screen Cinemas (GSC), Mid Valley pada malam tadi.
Diadaptasikan dari kisah benar, PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Selain Hairul, filem itu dibintangi oleh Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem ini yang bakal ditayangkan bermula 27 September ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ini Tamparan Dari Tuhan!" - Ammar Alfian Kongsi Foto Mata Lebam, Gegendang Telinga Pecah Sebab ...

gempak
15/12/2019
08:57 MYT
Hiburan

Idris Khan, Chazy Nash & Sean Lee Join Training PASKAL Selama 24 Jam... Boleh Ke Tu?

gempak
13/12/2018
12:36 MYT
Berita

Nama Semakin Dikenali, Theeban Govindasamy Bersyukur Ada Kekasih Yang Memahami

gempak
06/12/2018
12:45 MYT
Hiburan

Selepas PASKAL The Movie Sukses di Pawagam, Jasmine Suraya Dapat Banyak....

gempak
04/12/2018
14:21 MYT
Hiburan

Ramai Anak Muda Berminat Nak Sertai Tentera Selepas Tonton PASKAL The Movie

gempak
30/11/2018
15:25 MYT