Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Aktor Senior Ganti 32 Kereta Dalam Setahun: “Kita Dari Kampung, Jadi Popular, Banyak Duit…”

Maliah Surip
07/11/2024 16:00 MYT
Seorang aktor senior Indonesia dikhabarkan pernah bertukar sehingga 32 kali jenis kenderaan dalam tempoh setahun pada zaman kegemilangannya.

Dan aktor tersebut adalah Roy Marten. Sewaktu diajukan oleh media tentang dakwaan tersebut, Roy yang pernah masuk kelompok lima bintang paling mahal bayaran untuk sesebuah projek itu hanya ketawa.

Roy yang kini berusia 72 tahun menyifatkan tindakan kerap bertukar kenderaan dalam setahun sebagai ‘dendam kemelaratan.’

Dia yang cukup terkenal sejak era 70-an menjelaskan sebagai anak kampung yang menjadi popular dan banyak duit sebaik bergelar artis di ibu kota Jakarta, apa yang dilakukannya pada waktu itu hanya untuk mempamerkan kemewahan ketika pulang ke desa.

"Kita dari kampung, tiba-tiba popular, banyak duit, ya beli kereta.

“Pulang kampung beli lagi, ganti lagi. Hanya mahu menunjuk-nunjuk sahaja,” ujarnya sambil tertawa.

Roy yang lahir di Salatiga mengatakan, hal yang dilaluinya sebagai anak muda yang tiba-tiba popular dan mendapat banyak wang itu sebagai hal yang wajar.

"Anak muda, dari kampung tiba-tiba popular, banyak duit, pasti menunjuklah," kata Roy lagi.

Untuk rekod, ayah kepada pelakon Gading Marten itu pernah menerima bayaran mencecah sehingga RM11,200 pada penampilan di awal tahun 80-an yang menyaksikan pendapatan tersebut lebih mahal dari harga sebiji rumah di kawasan elit Pondok Indah, Jakarta Selatan.
#pelakon #Viral #Indonesia #Kereta #Roy Marten #Senior
;