HIBURAN
Aktres Kang Seo Ha Meninggal Dunia Pada Usia 31 Tahun
Dunia seni Korea Selatan kehilangan seorang aktres muda apabila Kang Seo Ha diumumkan meninggal dunia.
Seo Ha dunia kerana kanser pada usia 31 tahun, lapor Soompi.
Bintang filem In The Net itu tewas melawan kanser dan menghembuskan nafas terakhir pada pagi waktu tempatan, 14 Julai 2025.
Pada 13 Julai, keluarganya telah berkongsi sebuah video penuh dengan kenangan manis hidup Sea Ha. Dalam perkongsian di media sosial itu, kenyataan tersebut berbunyi: “Saya masih tidak mempercayai ini terjadi.
“Walaupun sewaktu anda sedang bertarung dengan kesakitan, anda masih bimbangkan orang di sekeliling anda. Walaupun anda tidak boleh boleh menikmati makanan selama sebulan, anda tetap bertegas untuk membayar makanan saya.
“Anda bidadari yang meninggalkan kami terlalu awal. Kami harap anda telah keluar daripada kesakitan dan berbahagia di sana,” tulis kenyataan
Mula mendapat perhatian sejak tahun 2012, mendiang juga popular menerusi drama Schoolgirl Detectives, Assembly, Flowers of the Prison, First Love Again, Through the Waves, Heart Surgeons dan Nobody Knows.
Majlis pengebumian Sea Ha akan berlangsung pada 16 Julai ini.