Personaliti media sosial Khairul Aming menegaskan dia tidak akan menerima sebarang hadiah percuma atau promosi berbayar atas sebab-sebab tertentu.
Menerusi laman sosial Twitter, Khairul atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamaruzzaman, 29, memaklumkan perkara itu untuk tatapan umum.
Menurutnya, dia mendapat banyak tawaran untuk hadiah percuma serta promosi berbayar tetapi memohon maaf kerana tidak dapat menerimanya.
“BTW guys lately aku dapat banyak sangat DM untuk paid RT and free gift. Aku mintak maaf sangat-sangat aku tak terima paid RT atau free gift atas sebab-sebab tertentu,” ujarnya.
Kata pemuda kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu lagi, dia sendiri yang akan membeli makanan atau produk yang mahu dicubanya.
“Aku akan beli sendiri makanan atau produk untuk cuba dan kalau ok aku akan bagi free review secara ikhlas. sorry again guys,” katanya lagi.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya yang memuji sikap jujur Khairul sebagai seorang ‘influencer’.
Di samping itu juga, dilihat ramai peniaga yang mempromosikan makanan masing-masing untuk menarik perhatian Khairul.
“inilah influencer yang baik. gunakan ‘power’ dia, review ikhlas, sellernya mesti beribu-ribu sold. alhamdulillah insyaAllah semakin bertambah-tambah rezeki KA,” puji seorang wargamaya.
“Kalau ada anugerah untuk belia contoh negara, aku akan calonkan dia,” kata seorang wargamaya.
“Harap terus maintain macam ni. So kami sebagai follower dapat feedback review yang jujur, bukan kerana dibayar. Nice Ming,” komen seorang wargamaya.
“Respect sebab jujur. Bila paid ni semua akan jadi sedap/okay/bagus. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Khairul Aming & penjual yang lain,” ujar seorang wargamaya.
“Bagus min min. Jgn jadi macam influencer lain. Review hanya sebab dibayar. Ingat netizen percaya ke review yang dibayar ni,” tulis seorang wargamaya.
Terdahulu, Khairul telah melakukan ulasan makanan percuma untuk scone dan kek batik Nutella yang dibelinya dan kemudian makanan tersebut laris terjual dalam masa kurang sehari.
Azwa Rahman
Wed Jun 23 2021


TikToker Meninggal Dunia Selepas Terima Komen Negatif Netizen
Menerusi kenyataan pihak berkuasa, TikToker berkenaan dikejarkan ke hospital dipercayai selepas cuba membunuh diri
![[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah! [VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/elly-arifin-sharnaaz-ahmad-tak-gaduhlah.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO]: “Biasalah Zaman Muda, Kisah Lama Lupakan” – Elly Arifin & Sharnaaz Ahmad Tak Gaduhlah!
Masing-masing dah matang sekarang dan profesional gitu.

Thank You For An Amazing Night! Ini 15 Moment Manis Konsert Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous
Aishah menyanyi tanpa muzik pun dah merdu apatah lagi dengan orkestra.

Penerbit Saman Miss Universe Harnaaz Sandhu - "Dia Tak Peduli Pasal Filem Punjabi, Fokusnya Bollywood"
Pelakon dan produser, Upasana Singh mengambil pendekatan undang-undang terhadap Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu yang telah melanggar perjanjian kontrak untuk sebuah filem Punjabi sebelum ini.

Akaun Telegram PM Ismail Sabri Kena Godam, Netizen Usik Pinjam Duit
Akaun telegram PM digodam
![[VIDEO] Janganlah... Nanti Sakit Perut - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea! [VIDEO] Janganlah... Nanti Sakit Perut - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea!](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/2018/nov/qasrina_senduk_swap_header.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] "Janganlah... Nanti Sakit Perut" - Qasrina Kena Suap Suap Durian Tomato, Nakalnya Emma Sofea!
Kenapa suap durian tomato pula tu?
_1.png?ext=.png)
15 Jam, 30 Artis, Atas Angin Independent Festival Lakar Sejarah Sendiri! Bukti Band Indie Masih Relevan
Siapa yang hadir memang rasa kemeriahan disitu
_1.png?ext=.png)
ERA Sarawak Perkenal Personaliti Baharu, Ini Segmen Baharu Yang Lebih Happening!
Tahniah ERA Sarawak, kini lebih meriah
_1.png?ext=.png)
“Awalnya Hanya Rancang Buat Konflik…” - Penerbit Dedah Jalan Cerita Asal Kalut Nak Kahwin
Pengarah, Pengarah dan Penulis Skrip perlu capai kata sepakat

“Kawan Baru Bilal Ke Ni?” - Cantik Betul Mata Aisywara Naelofa! Neelofa Pun Puji Anak MUA Bellaz
Cantiknya mata tu sayang!