Laman Utama
“Aku Bukan Nak Back-Up Mak Cik Kemboja Tu, Tapi…” - Michael Ang Pesan Agama Islam Tak Ajar Umat Menuduh Membuta Tuli
Penerbit, pengarah dan pelakon Michael Ang mempunyai pendapat tersendiri mengenai isu usahawan yang menghina kaum Melayu sebagai kaum pemalas.
Michael menerusi hantaran di Instagram berkata, ramai dalam kalangan netizen hanya melihat video berdurasi pendek dan terus membuat rumusan berdasarkan konteks yang kurang tepat.
“Ok aku bukan nak back up Mak Cik Kemboja tu, tapi pada yang maki-maki dan sampai sembah TMJ ambik tindakan semua tu, you all tengok tak full video tu?
“Apa yang I tengok kat sosial media cuma part yang dia menghina Melayu, tapi video sepenuhnya dia ada cakap dia joke and cakap semua bangsa ada yang malas dan rajin. Siapa rajin akan berjaya dan malas akan kecundang,” tulisnya.
Menurut pandangannya, Michael berkata wanita berkenaan memang sedang bergurau dan tidak membuat video permohonan maaf selepas didapati bersalah.