“Aku Dah Ada Jawapan Nanti Depan Allah,” - Yatt Hamzah Diugut Bunuh

Syafiqah Jalal
Februari 14, 2019 06:31 MYT
Pelakon Yatt Hamzah mendedahkan dia pernah diugut bunuh gara-gara menyebarkan tentang kekejaman Israel.
Terbaharu, Yatt memberitahu dia telah hilang pengikut di Instagram (IG) miliknya sebanyak 10,000.
“Semalam kongsi tentang kekejaman Israel. Beberapa jam selepas itu, terus hilang 10k followers.
“Dulu pun sama selalu kena macam ni. Siap kena hacked dan hilang IG dan FB .
“Ugutan bunuh pun dah pernah dapat.
“Agak-agak angkara siapa? But I don’t care. I’m not afraid. I won’t stop.
“Aku akan teruskan. Aku dah ada jawapan nangi di depan Allah.
“Aku sudah tunaikan kewajiban ku dan merekalah saksi-saksi ku. Selebihnya aku serah pada Dia,” tulisnya.
Yatt berkongsi perkara tersebut di IGnya.
Rata-rata pengikutnya terkejut dengan pendedahan tersebut dan mendoakan agar Yatt dilindungi Allah.
#pelakon #Yatt Hamzah #Instagram #Pelakon