Hiburan
"Aku Jadi Sayu Mengenang Betapa Lama Aku Hanyut Dek Khilaf..." - Luahan Perasaan Nazim Othman Ketika Shooting Di...
Allah SWT memberikan hidayah pada seseorang dalam pelbagai bentuk dan cara yang mungkin tidak terfikir dek akal sendiri. Terpulang kepada diri masing-masing untuk menerima atau tidak hidayah tersebut.
Itulah yang diceritakan oleh Nazim Othman ketika dia melakukan penggambaran di sebuah kawasan tanah perkuburan.
"Hari ni ada shooting kat kubur. Masa kereta aku masuk ke perkarangan kawasan perkuburan, mulut aku dah terkumat-kamit sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang dah pergi dulu.
"Sepanjang kat kawasan kubur tadi, aku tak banyak bercakap kecuali bila perlu je, sebab dalam hati masih tak berhenti membaca Al-Fatihah, sambil mata aku memandang ke semua kubur yang ada kat situ.
"Aku jadi sayu mengenang betapa lama aku hanyut dek khilaf. Aku pun tak tau macam mana nak luahkan perasaan yang datang tadi. Aku cuma boleh rasa Allah cuba menyampaikan sesuatu pada aku.
"Dijentiknya hati ini hingga jadi sebak, sampai sekarang aku masih cuba pujuk diri... kalau nak menangis, menangislah dalam doa lepas solat.
"Allah menduga bukan kerana Dia membenci, barangkali kerana Dia rindu dan semua ini adalah caranya untuk mengembalikan hati aku supaya tak berhenti memuja keagunganNya," tulis Nazim.
Semoga kita semua mendapat petunjuk dan hidayah daripada Yang Maha Esa. Sesungguhnya Allah Maha Besar, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video