Pelakon Harris Annuar terkejut apabila menerima kiriman mesej langsung dari pengguna tidak dikenali yang mengugut untuk melakukan santau ke atasnya.

Berkongsi perkara tersebut di Instagram, kata Harris dia berharap dirinya dilindungi dan memohon maaf sekiranya telah menyakiti hati mana-mana pihak.

"Tak kenal dan satu hal, lepas tu dapat mesej macam ni. Anyway, saya minta maaf kalau saya ada menyakiti perasaan sesiapa.

"Semoga Allah lindungiku da kami semua. Sesungguhnya tiada makhluk lebihb berkuasa dari Mu ya Allah. Apa perlu saya buat?" tulisnya.



Menerusi kiriman mesej tersebut, individu yang menggunakan foto seorang lelaki itu menulis ayat maki hamun selain mengugutnya dengan bahasa kasar.

"Kau ingat ni, kau tunggu bila-bila masa aku boleh upah bomoh untuk santau kau. Ini bukan benda main-main aku serius.

"Aku janji nama Allah, aku akan buat santau kau Jangan duk senang lenang sangat.

"Aku tak kisah kau artis ka kau raja mana-mana negeri ka. Ini aku nak pesan cakap kat kau, kau ingat simpan dalam otak okey," tulis individu berkenaan.

Sebelum ini, Nourul Depp dan Noorkhiriah antara artis yang menerima ugutan santau di Instagram seperti Harris.

BACA: "Apa Salah Akak?" - Noorkhiriah Terkejut Ada Pengguna IG Mesej Ugut Nak Santau

BACA: Terima Mesej Santau, Nourul Depp Ajak Pengirim Bersemuka