“Aku Kadang Menyirap Dengan Dak Chantiq Ni Makin Besor Makin…” Ozlynn Dedah Perangai Comel Chantiq

Mya Amri
Februari 20, 2019 09:34 MYT
Pelakon, Ozlynn mendedahkan perangai anak keempatnya, Chantiq, 4, yang kini gemar merakamkan gambarnya sendiri.
Perkongsian tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini.
Entri tersebut juga turut disertakan dengan beberapa foto yang dirakamkan oleh Chantiq sendiri.
“Aku kadang betul menyirap dengan dak Chantiq nih… Makin besor makin bertuah perangai dia. Tah bila dia dok amik gambar.
“Tak kisah fasal gambar cuma sepenuh alam dan bila aku kaji semua gambar, lepas gambar pertama aku nak pergi dapur suruh la dia tengokkan adik dia.
“And suruh main sama, aku cakap kejap je sebab dia minta susu. Belakang dia boleh ambil gambar dia fefeeling dan ambil gambar adik dia jilat kaki kerusi.
“Tu tak apa lagi, dia boleh tinggalkan adik dia and masuk bilik game ambil gambar dengan papa dia feeling sesama… Korang rasa?
“Aiyok aku baru perasan gambar nih baru sat nih rupanya dia dengar aku nak ke depan dia berlari konon-konon nak jaga adik.
“Nasib la bibik dah ada dekat depan, tu yang baby pun tak mau layan dia bergambar #chantiqanakbertuah,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut terhibur dengan gelagat Chantiq.
Terdahulu, Johan dan Ozlynn berkahwin pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan lima orang cahaya mata Ariq, 14, Sodiq, 9, Haziq, 6, dan Chantiq, 4, dan Moleiq yang kini berusia lapan bulan.
Foto: Instagram @jozlynnhanania
#pelakon #Pelakon #Ozlynn #Chantiq