gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Rumah Cucu Tun M Dipecah Masuk, Rugi RM1.8 Juta
HIBURAN
Miera Leyana Mohon Bekas Madu Berhenti Guna Namanya Untuk Raih Simpati - “Saya Pernah Menang Anugerah…”
HIBURAN
Selepas Mengaku Hamil Anak Luar Nikah, Erika Carlina Kongsi Tarikh Lahir & Nama Anak Dalam Kandungan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

"Aku Kena Buang Kerja, Hidup Merempat Baru Kau Puas Hati?" - Episod Luahan Fizi Ali Tak Habis Lagi, Dedah Ada Pihak Tulis Komen ...

Amri Hassan
Amri Hassan
17/06/2022
02:25 MYT
Sponsor Banner
"Aku Kena Buang Kerja, Hidup Merempat Baru Kau Puas Hati?" - Episod Luahan Fizi Ali Tak Habis Lagi, Dedah Ada Pihak Tulis Komen ...
Status luahan lepas geram penyampai radio Fizi Ali di Instagram Stories berlarutan sampai lewat malam Khamis.
Menerusi hantaran terbaharu, Fizi seakan-akan memberikan gambaran ada pihak yang cuba merosakkan reputasi dan kariernya dengan cara menulis komen di posting tertentu yang tidak didedahkan lanjut.
Kata Fizi, komen yang telah dipadamkan itu secara tidak langsung pada mulanya adalah percubaan untuk bikin panas.
"Patutlah aku kena kaw-kaw! Kau delete komen kau tu.. faham. Kau dah bagi aku panas pastu kau delete. Faham. Cantiknya game kau ni.
"Apa lagi kau nak hancurkan hah? Kerjaya aku pula? Biar semua orang benci aku, biar semua orang mengata aku.
"Lepas tu aku kena buang kerja. Hidup merempat, baru kau puas hati?
"Ya Allah.. dugaan apa pula kali ni, penat dah penat untuk berdiam diri," tulisnya pada hantaran Instagram Stories.
Dalam pada itu, Fizi turut memberikan amaran terhadap warganet yang bersikap melampau yang muncul di media sosialnya untuk menulis komen negatif.
"Wah yang komen-komen dan DM negatif tu beringatlah weyyy.. Kenapa kes bunuh diri dan orang depresi makin banyak dekat Malaysia. Beringat!" pesannya.
Bagaimanapun, ketiga-tiga hantaran itu telah dipadamkan daripada media sosialnya.
Gempak turut cuba mendapatkan maklum balas lanjut daripada Fizi sendiri namun tidak berjaya.
Untuk rekod, Fizi dan Shakilla mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan memutuskan untuk bercerai pada Disember 2021.
Topic Berkaitan
#Viral
#Penyampai radio
#Instagram
#Isteri
#Fizi Ali
#Shakilla Khoriri
#Status
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement