Pelakon Benjy meminta agar mendoakan kesihatannya yang kini sedang menjalani hukuman penjara 11 tahun tiga bulan di Penjara Tanjung Gusta, Medan, Indonesia akibat kesalahan dadah.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 40, berkata dia bakal tinggal lama di penjara tersebut dan berharap agar semua urusannya di sana dipermudahkan.

“Aku lama lagi kat sini. So, please doakan yang kesihatan aku lebih baik sebab I need to be healthy to survive here. Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudah,” tulisnya.

Anak kepada seniwati Azean Irdawaty itu menulis di atas satu nota bertarikh 15 Disember 2018 yang ditujukan kepada sahabat dan rakan artis itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat pelakon itu pada 15 hingga 18 Disember lalu.

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang Sumatera Utara pada April tahun lalu kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram dan dijatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun tiga bulan.
Zed berkata, keadaan kesihatan Benjy yang sudah menjalani hukuman hampir dua tahun itu kurang memuaskan kerana menghidap asma dan sering mengalami batuk-batuk.

“Ketika melawatnya, suasana memang sedih. Benjy jumpa saya dan peluk erat agak lama. Dia kata, kami (Seniman) orang Malaysia pertama yang melawatnya. Ketika itu juga saya dapat tahu keadaan kesihatannya agak kronik dan berpotensi untuk dijangkiti tibi,” katanya.

Zed berkata, kunjungannya ke sana dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada ramai artis berkenaan perkara ini.

Menurut Zed, keadaan kesihatan Benjy merosot kerana dia sukar mendapatkan rawatan kerana ia memerlukan kos.

Zed memberitahu Seniman boleh membantu menguruskan lawatan mana-mana artis ke sana, namun dengan perbelanjaan sendiri.

Menurut Zed lagi, apa yang dilakukannya sekarang juga adalah bertujuan memenuhi amanat ibu Benjy, Allahyarham Azean Irdawaty supaya menjaga anaknya.

Dalam pada itu, Seniman akan menganjurkan Larian Amal Seniman Run 2.0 serta melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas Untuk Benjy.

“Sebahagian kutipan akan disalurkan kepada tabung yang bertujuan menampung keperluan Benjy sepanjang menjalani hukuman.

“Dia memerlukan antara RM500 hingga RM600 sebulan untuk kos perubatan. Sekurang-kurangnya kami dapat meringankan bebannya daripada tiada langsung,” katanya.

Sumber:Harian Metro

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada semua Ahli-Ahli Seniman, Rakan-rakan artis dan rakyat Malaysia yang dikasihi..Seniman dengan rendah diri memohon agar anda dapat menghulurkan sumbangan ikhlas anda ke Tabung Prihatin Seniman bagi meringankan beban Ahli-Ahli yang memerlukan.. . Semoga dengan sedikit sumbang anda dapat memberikan sinar kepada mereka yang memerlukan termasuk saudara Benjy yang sedang menjalani hukuman Penjara selama 11 Tahun 3 Bulan dan berbaki lagi 9 tahun.. . Sama-sama kita doakan agar saudara Benjy dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang menjalani ujian ini..Semoga tabah. Mohon sumbangan kepada TABUNG PRIHATIN SENIMAN khas utk benjy atas dasar kemanusian dan kebajikan. Sumbangan utk perubatan benjy di penjara tanjung gustar medan indonesia yg agak mahal. 2 cara sumbangan.. 1) masuk terus ke akaun PERSATUAN SENIMAN MALAYSIA cimb bank akaun no 8600499812 boleh menggunakan cek atau bank online 2) membuat pendaftaran larian SENIMAN RUN 2.0 di http://www.racexasia.com/event/seniman-run-2-0/ dan sedikit dari yuran penyertaan akan di masukan ke TABUNG. Larian seniman 2.0 akan di buat pd 16 feb 2019 dataran merdeka 7 pagi. Tarikh tutup 31 dec 2018. Semoga sumbangan anda akan dirahmati allah. Terima Kasih semua.. #TabungPrihatinSeniman #PrayForBenjy #Seniman #Malaysia #Sumbangan #Charity #Artis #Viral

A post shared by Persatuan Seniman Malaysia (@persatuansenimanmalaysia) on