Instafamous dan usahawan Hafiz Mahamad membuat kejutan kepada ibunya dengan menghadiahkan sebuah kereta Mazda berwarna merah.

Menurut Hafiz dia membatalkan hasratnya untuk membeli kereta idaman selepas melihat keadaan kereta ibunya yang telah digunakan sejak zaman sekolah dahulu.

Perkongsian itu dibuat menerusi rakaman video yang dimuat naik di akaun Instagram (IG) miliknya.

"30 March, tarikh aku wakafkan van jenazah kepada sebuah masjid.

"Tarikh ni jugak menggerakkan hati aku untuk tengok kereta mama yang dia pakai hari-hari.

"Tak sangka aku, kereta yang dia hantar aku sekolah dulu sekarang selalu rosak setiap bulan, pernah terjadi rosak tepi jalan.

"Boleh bayangkan muka mama bila kereta mati tepi jalan?

"Aku lupakan kereta idaman aku, aku belikan mama kereta. Aku niat terus 30 March, tak sangka Allah berikan rezeki aku untuk mama," tulisnya.

Rata-rata netizen memuji akan sikap Hafiz yang tidak pernah melupakan kedua orang tuanya walaupun kehidupan sudah diliputi dengan kemewahan.

Malah ada segelintir pengikut berasa sebak selepas melihat rakaman video tersebut serta menjadikan Hafiz sebagai inspirasi dalam kehidupan mereka.


Hafiz pernah tular suatu ketika dahulu apabila sering membuat kejutan mewah kepada isterinya, Syafiqah Aina.

Malah, pengusaha produk kosmetik NSA Beau itu pernah dikecam apabila didakwa cuba menipu pelanggan.









30March, tarikh aku wakafkan van jenazah kepada sebuah masjid. Tarikh ni jugak menggerakkan hati aku untuk tengok kereta mama yg dia pakai hari hari Tak sangka aku, kereta yg dia hantar aku sekolah dulu sekarang selalu rosak setiap bulan, pernah terjadi rosak tepi jalan. Boleh bayangkan muka mama bila kereta mati tepi jalan? Aku lupakan kereta idaman aku, aku belikan MAMA kereta. Aku niat terus 30 March, tak sangka Allah berikan rezeki aku untuk MAMA ❤️ Full video vlog at youtube : AINAACHANNEL / click link in my bio

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on