HIBURAN
"Aku M*ti Dia Tanam, Dia M*ti Aku Tanam" - Kak KM
Usahawan terkenal, Kak KM menekankan betapa pentingnya menjaga hubungan sesama ahli keluarga kerana mereka adalah orang yang akan menguruskan urusan kematian kita suatu hari nanti.
Menerusi sebuah potongan klip siaran langsung di TikTok, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli menegaskan wanita tidak seharusnya bergantung sepenuhnya kepada suami tetapi perlu menghargai hubungan bersama adik-beradik.
Tambahnya lagi, jika isteri jatuh sakit, suami mungkin akan mencari pengganti yang baharu.
“Kita adik-beradik, tak boleh gaduh. Esok dia mati, aku kena tanam. Aku mati, dia tanam.
“Jangan berangan suami kau nak duduk menangis. Kau sakit je, dia dah sibuk cari perempuan lain,” katanya.
Pada masa sama, Kak KM sempat mengajukan soalan ‘cepu emas’ kepada suaminya iaitu Razman Ramli atau lebih dikenali sebagai Abang Maman tentang berapa lama masa yang diperlukan untuk ‘move on’ sekiranya beliau meninggal dunia kelak.
Membalas pertanyaan tersebut, Abang Maman menyatakan niatnya untuk tidak berkahwin lain dan mahu setia hingga ke akhir hayat.
“Kan kita dah janji, kalau boleh nak mati sama-sama. Sedih memang sedih kalau isteri meninggal, tapi tidaklah sampai nak kahwin lain,” jelasnya.
Sekadar info, Kak KM dan suaminya, Razman Ramli telah mendirikan rumah tangga pada 22 Disember 2002.
Mereka juga telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.
BERITA BERKAITAN: “Suara Tak Semangat Macam Selalu” – Netizen Risau Tengok Keadaan Kak KM Menangis Sambil Masak Sebab Rindu Anak
BERITA BERKAITAN: Kak KM Pilih Untuk Hidup Sederhana - “Aku Tetap Rendah Diri, Beli Barang Dapur Dekat Kedai Aceh”
BERITA BERKAITAN: Anak Perempuan Jadi Pramugari Singapore Airlines, Kak KM Umpama 'Hilang Jiwa' - "Ada Duit Lebih Kita Beli Rumah Sana"
BERITA BERKAITAN: Kak KM Tegur Isu Putus Tunang Sebab Masalah Kewangan - “Kau Kena Ingat Duit Dalam Bank Dia...”
Must-Watch Video