gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Wanns Ahmad Tak Puas Nak Rasa ‘Vibe’ Program Realiti, Sedia Sertai Lagi Jika Diberi Peluang
BERITA
Trump Umum Gencatan Senjata Antara Israel Dan Iran
BERITA
Hujan Lebat, Ribut Landa Beberapa Daerah Di Kedah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Anak Perempuan Jadi Pramugari Singapore Airlines, Kak KM Umpama 'Hilang Jiwa' - "Ada Duit Lebih Kita Beli Rumah Sana"

gempak
Amri Hassan
23/06/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Anak Perempuan Jadi Pramugari Singapore Airlines, Kak KM Umpama 'Hilang Jiwa' - "Ada Duit Lebih Kita Beli Rumah Sana"
Personaliti media sosial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, meluahkan rasa sebak apabila anak sulungnya, Nabila Razman, bakal bertugas sebagai pramugari bersama syarikat penerbangan antarabangsa, Singapore Airlines.
Menurut Kak KM, walaupun bangga dengan kejayaan anaknya, perasaan sebagai seorang ibu tetap sukar untuk menahan kesedihan kerana ini merupakan kali pertama mereka akan berjauhan dalam tempoh yang lama.
“Nabila dapat Singapore Airlines, based dia di Singapura. Tak tahulah aku akan okey atau tidak. Sebelum ni dia dapat masuk UM, sekangkang kera dari rumah pun aku menangis dua minggu. Ini pula dia kena tinggal di luar negara.
"Aku harap Allah kuatkan hati, sebab aku memang tak biasa berjauhan dengan anak-anak,” katanya menerusi sesi siaran langsung di media sosialnya baru-baru ini.

BACA SINI: Kak KM Tegur Isu Putus Tunang Sebab Masalah Kewangan - “Kau Kena Ingat Duit Dalam Bank Dia...”

Nabila, yang kini berusia 22 tahun, sebelum ini belum pernah berjauhan daripada keluarga kecuali ketika melanjutkan pengajian.
Menyedari peluang ini adalah untuk masa depan anaknya, Kak KM tetap merelakan pemergian itu demi kerjaya dan rezeki anaknya.
“Untuk masa depan dia, kita relakan. Emak-emak kan, walaupun anak dah besar tetap rasa berat nak lepas. Dia apply dua syarikat – satu Singapore Airlines, satu lagi Qatar. Saya yang temankan dia pergi interview. Akhirnya rezeki dia di Singapura.

"Saya dah cakap dengan dia, kalau nak jadi pramugari tak payah apply Malaysia Airlines walaupun tinggal di Malaysia. Kalau betul nak kerja, biar gaji lebih RM20,000, kalau tak lebih baik duduk rumah dengan saya. Lagipun saya bagi elaun dekat anak-anak,” ujarnya.

Tambah Kak KM lagi, selepas mendapat tawaran kerja, Nabila bakal memulakan tugasan sebagai kru kabin bermula 22 Jun dan berkemungkinan tidak dapat bercuti pada Hari Raya Aidilfitri akan datang.
“Hilang jiwa tanpa anak-anak walaupun dia pergi cari rezeki. Ini dugaannya. Saya tak tahu kalau nanti anak saya kahwin, rasanya tetap kena duduk dengan saya juga,” katanya berseloroh.
Malah, Kak KM sempat berkongsi perancangannya untuk masa depan, termasuk membina rumah 10 bilik agar dapat tinggal bersama anak-anak dan cucu-cucu.
“Mungkin saya buat rumah 10 bilik, duduk dengan cucu semua. Aku dah plan itu semua.
"Semua benda saya boleh hadap, tapi bab anak memang saya kalah terus,” luah Kak KM penuh emosi.
Sumber video
Topic Berkaitan
#Kak KM
#Pramugari
#Singapore Airlines
#Nabila Razman
Must-Watch Video