Selepas ‘dihidangkan’ dengan beberapa sedutan trailer yang cukup mendebarkan, filem Butak akhirnya ditayang bermula hari ini di Astro First saluran 480.

Biarpun masih awal, namun Butak telah mendapat maklum balas dan respon positif daripada penonton.

Hasil pemantauan Gempak di media sosial, rata-ratanya memuji filem ini yang dianggap telah menampilkan banyak kelainan.

Menurut seorang pengguna di YouTube, cerita begini mempunyai sastera tinggi dan sesuai untuk penonton yang suka berfikir.

Selain itu, seorang lagi pengguna YouTube menganggap Butak sebagai naskah yang hebat setanding dengan filem berkonsepkan kemasyarakatan di Indonesia.

Pada masa seorang pengguna di Twitter rata-ratanya tidak sabar untuk menantikan masa di hujung minggu untuk menyaksikan karya terbaharu sutradara Sabri Yunos ini.

Untuk makluman, filem ini secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai hari ini.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang Butak menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.