“Aku Ni Tak Ada Gaji Bulan, Shooting Pun Tak Ada Cuma Harapkan...”- Enot Kecewa Dengan...

Syafiqah Jalal
Februari 26, 2020 06:13 MYT
Pelakon dan pelawak Enot atau Aliza Abdullah, 41, akui kecewa apabila ada individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap perniagaan makanan yang diusahakan.
Difahamkan individu tersebut yang dipercayai pelanggannya telah meminta harga yang sangat murah serta tidak masuk akal.
Malah menurut Enot dia dianggap sudah mempunyai kewangan yang stabil hanya kerana dia selebriti.
Enot berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Enot turut memuat naik rakaman video dia sedang memasak sambal iaitu makanan yang dijual.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata merasakan harga sambalnya itu tidak patut dipersoalkan.
Enot mula dikenali selepas membintangi drama berjudul Enot pada tahun 2002
#pelakon #Enot #Pelakon #Gaji #Shooting