Atlet paralimpik negara, Ziyad Zolkefli dengan bangga mengakui dirinya merupakan seorang peniaga char kuetiau 12 tahun lalu.

Malah kata Ziyad dengan perniagaan itulah yang membuatkan dia berjaya mencari pendapatan sendiri ketika remaja tanpa mengharapkan bantuan ibu bapanya.

“Kisah 12 tahun lepas. Aku adalah seorang penjual char kuetiau… Aku peniaga jalanan untuk mencari rezeki yang halal dan aku tak pernah berharap duit dari ibu bapa pada masa zaman remaja dulu,” tulisnya,

Tambah Ziyad lagi, pekerjaan itu umpama memberikan satu kepuasan kepadanya setiap kali menerima gaji bulanan.

“Satu nikmat dapat menghasilkan duit sendiri setiap bulan dari hasil gaji menjual. Orang yang dalam gambar ini lah yang mengajar aku skill mengoreng char kuetiau kuali berapi. Rindu zaman muda-muda.” tulisnya.

A post shared by YAD (@ziyadzolkefli)

Terdahulu bapa Ziyad, Zolkefli juga memaklumkan anak sulung daripada empat beradik ini pernah menjual kuetiau di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum menyertai Majlis Sukan Negara.

BACA: Dari Penjual Kuetiau Ke Pingat Emas Dan Rekod Dunia Paralimpik, Ini Fakta Menarik Ziyad Zolkefli