"Aku Pernah Gagal Semua Subjek Wey!" - Syida Melvin Akui Pemalas Ketika Zaman Sekolah, Guru Beri Kerja Selalu Tak Siap
ZULHILMI JALIL
02/07/2020 04:23 MYT
02/07/2020 04:23 MYT
Setiap orang pasti mempunyai pengalaman tersendiri yang menggamit memori sewaktu zaman persekolahan.
Bahkan, kenangan di sekolah itulah yang lazimnya akan menjadi antara memori zaman remaja yang sukar dilupakan apabila menginjak dewasa.
Begitu juga yang dilalui oleh pelakon Syida Melvin yang mendedahkan bahawa dia pernah gagal kesemua mata pelajaran yang diambilnya ketika di sekolah.
Katanya, dia mengakui dirinya seorang yang agak pemalas ketika menuntut di Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang, Perak.
"Waktu tingkatan 1 sehingga tingkatan 3, memang aku paling tak suka belajar, pemalas, kerja sekolah pun selalu tak siap!
"Pernah sekali masa tingkatan 1, aku pernah gagal semua subjek wey! Ya Allah, aibnya..haha," ceritanya.
Bagaimanapun, menurut Syida, dia kemudian mula memberikan fokus kepada pelajaran selepas memasuki peringkat menengah atas.
"Tapi bila dah masuk tingkatan 4, tingkatan 5, aku dah mula belajar betul-betul. Dah mula rajin sikitlah.
"Waktu sekolah bukan budak kelas atasan. Level pandai kami biasa-biasa sahaja," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.
Menurut Syida dia akui pernah bimbang dengan masa depan sekiranya tidak mampu cemerlang dari segi akademik.
"Bila kita dah dewasa, baru kita boleh nampak yang keperluan kita bila untuk melonjak naik adalah lebih kepada pengalaman berbanding berapa A yang kalian dapat masa SPM dulu.
"Saya tak kata yang ilmu tu tak penting, tapi ada yang lebih penting dari tu iaitu kemahiran hampa untuk mengorak langkah bila dah besar nanti," katanya.
Terdahulu, Syida berkongsi sekeping foto bersama adik-beradiknya yang lain di Instagram yang dirakam ketika melawat sekolah lama mereka.
Dalam pada itu, Syida turut menasihati agar mereka yang masih bersekolah untuk manfaatkan zaman belajar sebaiknya.
"Apa-apapun, adik-adik yang dok bersekolah sekarang, tolong hargai setiap detik hampa dekat sekolah!
"Kita ni manusia biasalah, bila kita tengah sekolah, kita malas gila nak pi sekolah. Esok ni bila dah tamat sekolah? Mesti akan rindu gila momen kat sekolah dulu," nasihatnya.
Saksikan drama lakonan Syida Melvin di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!