Bekas madu pelakon Izreen Azminda, Intan Liana Saleh meluahkan rasa kesal terhadap segelintir individu yang masih mengaitkannya dengan kehidupan bekas suaminya, Ude Wahid.
Jelas Intan, setiap posting di Instagramnya tidak ditujukan kepada mana-mana pihak apatah untuk meraih simpati.
"Caption macam ni pun ada nampak kita raih simpati ke atau buat orang komen bukan-bukan untuk pihak sana?
"Kalau rasa meluat atau rasa saya jahat tak payah tengok IG saya senang cerita.
"Tak bermakna buat status ada kena mengena dengan orang sana.
"Please-lah saya pun ada kehidupan sendiri, bukan aku hidup dengan dia je," getus Intan menerusi ruangan Instastories hari ini.
Terdahulu dalam sebuah entri di Instagram, Intan berjanji untuk melakukan yang terbaik buat anak-anaknya yang masih kecil.
Meninjau ruangan komen pada entri terbabit, netizen rata-rata memberikan kata-kata semangat buat Intan dan mahukan pengadilan sewajarnya bagi pihaknya.
Malah, ada antara pengguna media sosial yang memetik nama bekas suaminya, Ude dan Izreen yang baru menimang cahaya mata baru-baru ini.
Penghujung tahun lalu, dunia hiburan gempar apabila Izreen membuat pengakuan terbuka menjadi isteri kedua kepada Ude, sejak 8 Ogos 2017.
Intan dan Ude bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 22 Mac tahun lalu. Mereka bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 3, dan Ariq Muqri, 1.
Amri Hassan
Tue Jul 02 2019
Isu Halau Sarah Yasmine, ‘Mok Cun’ Diperli Warga Singapura Jual Produk Dalam SGD - “Kenyang Kan?”
Pempengaruh dan pencipta kandungan dari republik itu, Hafidz Abdul Rahman memulangkan paku buah keras keras kepada Erma Fatima.
Aaron Aziz Enggan Ulas Kontroversi Aliff Aziz - “Saya Harap Masalah Itu Tak Jejaskan Peluang…”
Aaron harap isu itu tak jejas peluang orang lain.
Undian Dibuka, Lee Weng Foong, Aliff Ahmad, Saharuddin Amirullah & Aleeya Zailan Calon Wonda Coffee Keluang Man Of The Month!
Undian bagi kategori Wonda Coffee Keluang Man Of The Month telah pun dibuka secara rasmi kepada umum.
Majikan Beri 10 Hari 'Cuti Sedih' Setahun - "Mereka Boleh Berehat... Tenangkan Perasaan"
Sekiranya anda salah seorang pekerja di pasar raya Fat Dong Lai di China, anda layak mendapat 'cuti sedih' selama 10 hari dalam tempoh setahun.
Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Seluar Jeans Bertompok Macam Kesan Kencing Dijual RM3,871
Sebuah jenama fesyen mewah memperkenalkan rekaan seluar jean yang kelihatan seperti mempunyai kesan tompokan air kecil di bahagian hadapan
Gagal Dua Kali Perkahwinan, Sharifah Sakinah - “Sudah Tentu Ada Baik Buruknya…”
Setiap perkahwinan ada cabarannya.
Madinah Dilanda Bah, Jalan & Sekolah Ditutup
Bahagian Utara Arab Saudi dilaporkan berdepan bencana alam teruk apabila dilanda bah akibat hujan lebat sejak Isnin. Menerusi laporan NewArab.com, Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi (NCM) menutup jalan raya dan sekolah selepas banjir kilat melanda wilayah Al-Ula dan Madina. Rakaman Sky News dan foto yang beredar di media sosial menyaksikan banyak
"Rasa Seperti Satu Penghinaan" - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Pelakon Riezman Khuzaimi turut terkesan apabila pernah menerima tawaran berlakon serendah RM150 sehari daripada produksi tempatan.
Hampir Mati! David Teo Dakwa Disihir Keluarga Terdekat - "Ustaz Kata Individu Itu Hantar Lintah Ke Dalam Badan"
Penerbit terkenal tanah air, David Teo mendakwa pernah disihir oleh ahli keluarga sendiri sehingga hampir meragut nyawanya. Menurut David, simptom-simptom dirinya disihir berlaku selepas menghadiri majlis pengebumian mendiang bapanya di Segamat, Johor, enam tahun lalu. "Dua minggu selepas balik dari Segamat, saya mula tak dapat tidur dan pening