Hiburan
"Aku Pun Tak Suka Dia Tapi Janganlah Attack..." - Isu Pertandingan Tik Tok, Anak Norreen Iman Jadi Mangsa?
Nama selebriti media sosial Norreen Iman sejak akhir-akhir ini telah menjadi perbualan ramai apabila dia turut terbabit dengan pertandingan TikTok anjuran Kementerian Pengajian Tinggi.
Norreen bersama seorang lagi personaliti serta Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Noraini Ahmad dikecam hebat apabila ramai berpendapat ia tidak bersesuaian dilakukan ketika negara berdepan krisis COVID-19.
Namun, dalam pada ramai yang mengecam, kini terdapat netizen yang melahirkan rasa kecewa mereka apabila terdapat segelintir pihak yang menjadikan anak Norreen sebagai mangsa keadaan.
Menurut seorang daripada pengguna Twitter, dia tidak kisah ada yang mengecam Norreen, namun janganlah anaknya juga menjadi mangsa pembulian siber.
"Saya tak suka Norreen juga, tapi tak ada lah sampai serang anak dia. Korang memang jenis tak ada batas ke," katanya menerusi satu posting.
Posting berkenaan kemudian menjadi perhatian ramai apabila sehingga kini telah dikongsi sebanyak 3,100 kali.
Ramai diantara netizen bersetuju dengan pendapat berkenaan.
Kebanyakan mereka menganggap anak yang dilahirkan tidak patut dipersalahkan atas kesilapan ibunya.
Anda boleh lihat antara komen mereka di bawah.
Must-Watch Video