Laman Utama

“Aku Tak Lapar Jantan” - Zarina Anjoulie Bengang ‘Budak Hingusan’ Nak Jadikannya Sugar Mummy!

gempak
Hanafis Haris
08/02/2021
23:55 MYT
Sponsor Banner
“Aku Tak Lapar Jantan” - Zarina Anjoulie Bengang ‘Budak Hingusan’ Nak Jadikannya Sugar Mummy!

Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila mendakwa ada yang cuba menjadikannya sebagai ‘sugar mummy’.

Perkara itu dikongsi Zarina atau lebih mesra disapa Anju di Instagramnya baru-baru ini.

“Ada beberapa budak muda mesej Instagram Anju dengan harapan nak aku jadi sugar mummy? Like seriously?

“Hantar gambar, nak kenal la nak gatal la. Hello mak bapak korang mana? Suruh diorang tanggung kau ye dik,” katanya.

Jelas Anju, dia tidak faham dengan masalah budak sekarang yang malas bekerja sebaliknya lebih suka untuk cari jalan muda.

“Aku tak lapar jantan, aku gembira dengan hidup dan keluarga aku.

“Hanya tiga lelaki berhak dapat duit aku. Ayah adik dan anak aku. That’s it.

“Maaf tapi inilah yang berlaku sejak cerai dan aku dah muak dengan isu ini,” katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata pengikut Instagram Anju menempelak tindakan lelaki yang terdesak menjadikan Anju sugar mummy mereka.

“Kerja malas, nak duit je senang hidup”

“Muda-muda dah keparat, kerja la wey”

“Nak duit kerja lah, sampai offer diri jantan tak guna ni,” kata beberapa netizen.

Anda boleh lihat posting Anju di bawah.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live