"Aku Tak Larat Untuk Makan Kata-Kata Hinaan Orang Lagi" - PU Abu Sufyan
ZULHILMI JALIL
27/01/2021 09:15 MYT
27/01/2021 09:15 MYT
Pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan meluahkan perasaan hatinya mengenai nasib diri yang sering menjadi bahan cercaan masyarakat.
Menurut PU Abu, dia mengakui sudah tidak mampu untuk menghadapi kata-kata negatif yang dilemparkan orang sekeliling kepadanya selama ini.
"Aku tak larat untuk makan kata-kata hinaan orang lagi," tulisnya menerusi satu entri di Instagram Story.
Pada masa sama, PU Abu turut memberikan gambaran bahawa dia kini sedang menanggung kesedihan.
"Cian (panggilan manja Abu) sedih ayah," tulisnya.
Perkara tersebut diluahkan Abu menerusi kiriman WhatsApp kepada bapanya.
Menerusi paparan tangkap layar mesej, bapanya turut menasihatinya untuk tidak terus bersedih dengan perkara yang sudah berlaku.
Pada masa sama, kata PU Abu lagi, ketika ini dia amat rindukan momen bersama arwah ibunya, Habibah Abdul Rasit yang sentiasa berada di sisinya ketika dia sedang bersedih.
"Umi, Cian terlalu rindukan Umi. Dulu masa Umi ada, Cian down, Umilah yang jadi pemabakar semangat Cian. Masa Umi ada dulu Cian sedih Umi yang tenangkan.
"Masa Cian berduka Umi gembirakan Cian. Cian perlukan Umi, Cian nak Umi ada disamping Cian sekarang," coretnya.
Baru-baru ini, nama PU Abu mula menjadi sebutan selepas netizen cuba mengaitkan dirinya dengan kisah kontroversi kecurangan pelawak Shuk Sahar.
Bahkan, PU Abu turut menzahirkan rasa hairan apabila kisah kontroversi perceraiannya mula diungkit sehingga menjadi mangsa kecaman.
BACA: Viral Kisah Shuk Sahar, PU Abu Pelik Netizen Tiba-Tiba Ungkit Kontroversi Cerai Isteri 2 Tahun Lepas