Laman Utama
Viral Kisah Shuk Sahar, PU Abu Pelik Netizen Tiba-Tiba Ungkit Kontroversi Cerai Isteri 2 Tahun Lepas
Pendakwah bebas, PU Abu Sufyan hairan apabila netizen masih mengungkit kisah keretakan rumah tangganya dan bekas isteri dua tahun lepas.
Kata PU Abu, tidak perlu untuk mengaitkannya dengan kisah kontroversi artis yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
"Ada juga manusia yang masih belum move on dari isu saya yang dah dua tahun berlalu.
"Berhentilah menjadi netizen yang tidak baik. Sedarkah anda tindakan meninggalkan komen seperti ini tidak memberikan kebaikan sedikit pun pada saya, pada awak dan pada yang lain.
"Lebih mengecewakan ada yang DM hanya sekadar nak throwback benda yang dah hampir dua tahun berlalu dan mengaitkan dengan isu yang sedang berlaku," tulisnya menerusi Instagram Stories.
Mohon PU Abu agar netizen sentiasa bersangka baik dan memurnikan satu sama lain terutama di media sosial.
"Macam inilah kalau dengar kisah orang, tutup telinga, kunci mulut dan hati. Doa, sangka yang baik-baik buat orang yang sedang diuji.
"Hari ini orang lain esok lusa kita. Fuh, buih dah mulut sebut benda ni," katanya.
Menerusi paparan skrin yang dimuatnaik di Instagramnya, netizen mengungkit kisah kontroversi rumah tangganya dan mengaitkan dengan isu semasa Shuk Sahar yang menjadi bualan ramai.
Mengimbas semula, PU Abu pernah menceraikan isterinya, Ain 'Afini yang sedang sarat hamil tujuh bulan sekitar April 2019 untuk mengahwini seorang janda anak satu, Hana Azraa.
Konflik perceraian PU Abu dan Ain berkesudahan dengan jatuh talak dua pada 16 Mei 2019.
Must-Watch Video